Monday 30 September 2013

Derita Si Curang!

Baru lepas makan nasi goreng dengan telur goyang! Pekena pula dengan teh tarik kaw peng. Makan pula time lapar & hujan sepoi-sepoi bahasa. Memang licin. Macam nak order sepinggan nasi lagi. Cik bunga memang kuat makan. Tapi jangan ingat badan cik bunga tembam pula. Biasa-biasa je.

      Entry kali ini cik bunga nak coretkan kisah seorang kawan kepada kawan cik bunga. Azizah (bukan nama sebenar). Azizah ni tinggal kat Selatan Tanah Air. Sebelum tu apa cik bunga ceritakan ni adalah bertujuan untuk beri pengajaran kepada cik bunga dan pembaca sekalian. Bukan untuk mengaibkan sesiapa. 

                                       
    

     Cik bunga ni pernah sekali jumpa Azizah. Kategori lawa jugaklah. Masa cik bunga bersua dengan Azizah, dia telah bertunang dengan Salleh (klasik namanya tapi yang pasti bukan nama sebenar) Beberapa bulan selepas berjumpa, kawan cik bunga Roslan (bukan nama sebenar) memberitahu bahawa Azizah ni telah curang dengan tunangnya.

     Cik bunga tanya Roslan macam mana dia boleh tahu? Roslan kata Salleh yang bagitahu. Roslan dan Salleh kira rapatlah juga). Menurut cerita Salleh, Azizah mula berubah kelakuan sejak bertukar tempat kerja. Ajak jumpa tak nak. Bincang hal kahwin pun tak nak. Telefon selalu tak angkat. Sms? Jangan haraplah. Azizah hanya reply sepatah dua sms Salleh. 

     Akhirnya Salleh membuat keputusan untuk menskodeng Azizah. Gerak hatinya memang benar. Azizah sedang bersukaria dan bermesra dengan Haikal (bukan nama sebenar). Cara tenungan di antara Haikal dan Azizah memang berbeza. Salleh menahan sabar dan diam tidak terkata. 

     Seminggu menjelang hari perkahwinan, Salleh tekad membuat keputusan untuk putuskan pertunangan dengan Azizah. Walaupun Salleh mengetahui bahawa keluarga Azizah telah membuat 90% persiapan, hatinya telah disakiti. Salleh tidak mahu hatinya dipermainkan oleh Azizah yang tidak setia. Dalam hal ini, keluarga Azizah terpaksa menanggung malu kerana kad undangan telah diedarkan. Azizah? Buat muka selambe je! Mungkin seronok kot.

     2 bulan selepas tu, Salleh mendapat berita bahawa Azizah telah berkahwin dengan Haikal. Mungkin untuk menutup rasa malu majlis pertunangan yang diputuskan saat-saat akhir. 5 bulan selepas kahwin, Haikal telah berpindah tempat kerja. Maka hiduplah berjauhan di antara Azizah dan Haikal.

     Azizah pun memohon pertukaran agar ditempatkan berdekatan denga suaminya dan  permohonan Azizah telah berjaya. 4 bulan selepas pertukaran itu, Salleh dikhabarkan bahawa Azizah telah bercerai dengan Haikal kerana campur tangan keluarga Haikal. Haikal langsung tidak mahu berusaha mempertahankan rumahtangga mereka. Hanya mengikut telunjuk keluarga sahaja. Cik bunga rasa mungkin ada di antara ahli keluarga Haikal yang tidak suka dengan Azizah.

     Salleh pernah terserempak dengan Azizah dan Azizah ada memohon maaf kepadanya atas kecurangan yang telah dilakukan. Salleh hanya mampu memaafkan Azizah dan tumpang simpati atas apa yang berlaku kepada bekas tunangnya itu. Kini Salleh bahagia bersama dengan isterinya yang telah sarat mengandung.

Moral cerita : jangan selalu menyakiti hati orang lain. Allah balas cash je kat dunia ni.



Saturday 28 September 2013

Kenapa Mesti Kata Masakan Ibu Lebih Sedap Daripada Masakan Isteri?


     Nasi dagang, kari ayam, tomyam, tumis air, masak gulai, pulut durian. Nak sebut banyak-banyak tak larat. Takut tertelan air liur pula. Kalau baca tajuk kat atas tu, kebanyakan isteri akan merasainya. Bagi isteri yang suaminya yatim atau piatu masa kecil, mungkin tidak merasainya. Tapi besar kemungkinan dibandingkan dengan masakan nenek dia pula! 

     Kenapa para suami suka membandingkan masakan ibunya dan isteri? Padahal isteri dah bersusah payah menyediakan masakan yang terbaik untuk suaminya. Cik bunga ada pengalaman benda-benda ni. Semalam first time buat kuih cik mek molek. Hasilnya hampeh!! Suami siap kata cik bunga tak boleh nak feel masa buat kuih. Kuih jadi keras dan banyak tepungla. Padahal cik bunga merujuk kepada husband cara nak masak kuih tu. Sabar jelah.

Kenapa Wanita Sukar Difahami?

Cik bunga sekeluarga baru pulang dari Pesta Limau di Bintangor. Mesti korang ingat banyak jual limau. Hakikatnya, zero! Akhirnya hajat cik bunga tertunai. Dapatlah beli tikar ajaib untuk si anak dara. Malam ni makan burger special ayam RM5 jer. Malas nak masak nasi (bukan selalu yer malas).

     Entry kali ni cik bunga nak lontarkan idea kenapa lelaki sukar memahami wanita-wanita cantik macam cik bunga ni. Perasan? Sudah tentu.

Wednesday 25 September 2013

10 Tips Agar Rumah Tangga Kekal Bahagia

Kalau kita tanya kat pengantin baru tentang apa yang mereka hendak dalam perkahwinan mereka, jawapan yang akan di beri " no comment". Itu jawapan artis yang tak berapa nak glamour. Selingan je tu. Rata-rata akan jawab ingin kekal bahagia hingga akhir hayat. Malam ni cik bunga nak kongsi dengan pembaca 10 tips yang cik bunga fikir dapat membantu pasangan suami isteri untuk kekalkan kebahagian rumah tangga! kebahagian itu perlu dicari. Tak kiralah, di bawah selimut ke, dalam laci ke yang penting ia mesti dicari (cuba check dalam poket tu) ada duit kan? Rasa bahagia kan bila ada duit dalam poket (payday). Apa yang cik bunga coretkan di sini berdasarkan perkongsian ilmu dengan kawan-kawan, berdasarkan pengalaman dan bacaan ilmiah! moga kebahagian itu akan kekal milik cik bunga dan pembaca.

Monday 23 September 2013

Bau yang mengasyikkan!

Huh.. Terdelete pula entry yang cik bunga nak publish...apakan daya. Sabo je lah.. Huh. Ahad lepas, cik bunga teringin nak makan nasi lemak special. Berapa kurun dah mengidam. Pergi kat kedai tu nak order pesanan, makcik tu pula kata tunggu setengah jam. Nasi tengah masak.Second round (masyuk makcik tu). Kalau masak sedap, orang akan datang berulangkali. Sementara menunggu nasi lemak yang tersedap tu masak, husband cik bunga ajak pergi beli lauk & sayur. Cik bunga on je la. Berjaya juga cik bunga sambar sekilo sotong RM16. Tengok sayur tak de berkenan. Asyik-asyik sayur sama saja. Tiba-tiba dengan wajah excited, husband cik bunga tunjuk sesuatu!

Tolong Selamatkan Labu!

Baru lepas tengok AF. Ada improvement budak-budak tu. Sambil-sambil tu mulut mengunyah makan cucur udang. Cik bunga teringat kat kek labu dan bingka labu (favourite tu) yang kawan cik bunga bagi. Perghh memang sedap. Nak-nak pula kita tukang makan je. Jom kita kenali labu dan khasiatnya. Pastu cik bunga akan huraikan sedikit tentang nasib labu ni.

Friday 20 September 2013

Nikmat Sebuah Perkahwinan

Hari ni rasa letih sangat. Mungkin tengok rumah dalam keadaan tidak teratur. Tak sampai sepuluh minit kemas, sepah semula. Maklumlah ada askar wataniah 2 orang ni. Marah pun tak guna juga sebab peringkat ni, mereka suka explore semua benda. Tadi, tertengok photo perkahwinan dalam fb husband. So, timbul idea nak share dengan pembaca tentang nikmat sebuah perkahwinan. Sebelum tu, nak bagitahu saya ni kahwin bukan dalam usia yang muda sangat. Umur dah menginjak 27 tahun baru merasai alam perkahwinan.  Apa yang bestnye orang berkahwin ni?


Thursday 19 September 2013

Merana Kerana Hobi!

Selesama pula malam ni! Siap la esok. Mesti terjangkit dengan anak. Rasa letih sangat melayan anak-anak seorang diri. Off record. Balik rumah terus menyapu sampah dalam bilik tidur. Mood tengah rajin. Pastu pergi mandi. Keluar dari bilik mandi, nampak kuaci bertaburan atas lantai. Dua orang budak tu tersenyum-senyum. Hobi kot ataupun supaya kita tak marah. Menyapu sampah sekali lagi. Mintak si kakak tolong jaga adik jap. Nak bancuh susu. Yang kakak angguk-angguk kepala. Dah settle bancuh susu tu. Rasa macam pelik je. Tak dengar suara kakak dan adik. Pergi tengok 2 beradik tu. Rupa-rupanya sedang menaburkan kacang parang atas lantai dalam bilik tidur. Kesimpulannya : hobi untuk hari Jumaat bagi anak-anak teraburkan kuaci dan kacang atas lantai. Hobi ibu pula menyapu sampah! Adoiii..

            Dalam dunia ni, semua orang ada hobi. Diantara hobi perempuan (termasuk cik bunga) ialah menonton drama atau baca novel sambil menangis.. Saja je. Tak tahu bila nak guna air mata. Rasa penuh dah air mata kat mata ni. So, kena keluarkan.. Tetapi bagi lelaki, kebanyakan hobi mereka melibatkan outdoor (boyfriend cik bunga) p/s : jangan report kat husband cik bunga ya! Rahsia.. Kadang-kadang kita tidak tahu membataskan had untuk melaksanakan hobi ni. Sini, cik bunga nak mengomel sikit tentang 5 hobi yang paling digemari oleh kaum lelaki. Kepada wanita-wanita sejati kat luar sana tu, bersabarlah jika pasangan anda sangat obses dengan hobi mereka sampai lupa nak mandi, makan dan tidor ( part tidur ni biasanya tak lupe!)

Wednesday 18 September 2013

Keghairahan Wanita Bila Berduit

Hari ni rasa happy mood je. Mungkin baru lepas menikmati nasi berlaukkan udang sambal. Perghhhh.. Memang menambat selera. Semua orang tahu bahawa perempuan ni kuat berbelanja. Maklumlah mempunyai 9 nafsu. Nak-nak pula bila baru terima gaji. Semua benda nak beli. Bak kata suami-suami kat luar tu, kalau boleh angkut kedai sekali. Dash! Dash! Memang kena kat dahi isteri. Kalau lelaki bujang di luar tu masih belum mengetahui apa yang wanita obses, sila ikuti bacaan ni dengan hati yang gembira...hehehe..

Mitos vs Fantasi

Rasa rileks je bila anak-anak sudah tidur. Dapatlah sikit ruang untuk mencoret. Teringat zaman kecik-kecik dulu. Banyak sangat pantang larang. Nak buat ni tak boleh. Nak buat tu tak boleh. Mesti korang pun ada kenangan macam tu. Kenapalah anak-anak ditakutkan dengan benda-benda yang macam tu. Agak-agak koranglah, kenapa orang tua dulu banyak sangat pantang larang.


Tuesday 17 September 2013

Khasiat Ulam-Ulaman

Rasa kecur air liur bila sebut pasal kerabu. Nak-nak pula kalau makan dengan nasi panas. Biasanya kalau saya buat kerabu perut sapi, saya akan gaulkan dengan beberapa jenis ulam. Jom selidik rahsia khasiat ulam-ulaman yang banyak terdapat di Malaysia.


Kebaikan Kacang Soya

OoOOOO

Kenapa banyak produk kesihatan di pasaran berasaskan kacang soya? Kenapa ibu mengandung digalakkan minum minuman soya (metos : untuk dapat anak kulit cerah) Berdasarkan kajian secara klinikal, terdapat beberapa kelebihan apabila kita mengamalkan minuman berasaskan soya.

1) dapat mengurangkan penyakit koronari
2) mencegah penyakit kanser payudara dan rahim
3) mencegah pigmentasi kulit, jeragat dan jerawat
4) melancarkan peredaran darah & menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel
5) mengelakkan penyakit osteoporosis dan sakit sendi

Energizing Soy Protein

Menurut saintis yang terkenal, soya protein merupakan faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul. ESP telah diiktiraf di seluruh dunia kerana mempunyai kandungan kualiti protein yang sangat tinggi. Kandungan soya yang terhasil adalah berbeza dengan produk soya yang lain kerana ia mengandungi "non- GMO" iaitu ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Selain itu, ia dapat membekalkan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama kerana setiap 850gram ESP, ia dihasilkan daripada 30kg kacang soya. Bagi pengidap kencing manis, minuman ini sangat sesuai diamalkan kerana ia mengandungi Indeks Glisemik ( G.I.)  yang rendah iaitu 39. 

Jika anda berminat tentang produk ini, boleh berhubung dengan saya melalui 
Fb : Siti Fatimah Naim


Nikmat Air Masak..

Masa kecik-kecik dulu, memang payah nak minum air masak. Dah menginjak dewasa ni, baru terbuka hati ni untuk minum air masak banyak. Seorang kenalan jarang atau sukar untuk menelan air yang tak berwarna ni. Sekarang ni, setiap 2 hari kena dapatkan rawatan kat hospital untuk Dialisis. Kalau tak silap saya, waktu itu beliau berumur 35 tahun. Muda kan? Berikut hasil dapatan saya kenapa kita perlu minum air masak ni :

<< Untuk keseimbangan suhu badan. Individu yang kurang air dalam tubuhnya mempunyai suhu badan yang lebih tingggi

<< Untuk meningkatkan metabolisme badan. Apabila badan kita mengandungi cukup air, saluran darah kita akan lancar. Jangan percaya kepada metos bahawa air boleh menggemukkan. Kalau anda pergi jumpe doktor dan kata air masak boleh menggemukkan, mesti doktor tu senyum sampai ke telinga

<< Biasanya, air masak lebih bersifat alkali. Ia boleh menyeimbangkan ph dalam badan kerana makanan yang kita makan lebih bersifat asid. 

<<  Yang bestnya tentang air masak ni, kalau order air kosong kat kedai mamak, kena bayar RM0.20 jer. Air lain semua above RM0.50 ( teh o panas cawan dekat Tumpat Kelantan)

<< Umum mengetahui, dalam semua  badan manusia mempunyai sel kanser. Yang membezakannya, samada sel itu aktif atau tidak. Air masak boleh melambatkan sel- sel kanser aktif terutamanya bagi kanser payudara, pundi kencing dan usus.

<< Air masak juga boleh mengenyangkan jika kita mengambilnya dalam kuantiti yang banyak. Bagi yang ingin menurunkan berat badan, amalkan  8 gelas sehari atau lebih air masak kerana ia tidak mempunyai sebarang lemak dan bebas kolestrol.

<< Mesti ramai wanita-wanita suka part ni. Dengan mengamalkan air masak yang mencukupi, kulit anda akan lambat mengalami kedutan. Almaklumlah, usia semakin meningkat, makin banyak pulak krim yang perlu. Krim pelindung matahari, tumit kaki, gelap bawah mata dan dll



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...