Wednesday 18 September 2013

Keghairahan Wanita Bila Berduit

Hari ni rasa happy mood je. Mungkin baru lepas menikmati nasi berlaukkan udang sambal. Perghhhh.. Memang menambat selera. Semua orang tahu bahawa perempuan ni kuat berbelanja. Maklumlah mempunyai 9 nafsu. Nak-nak pula bila baru terima gaji. Semua benda nak beli. Bak kata suami-suami kat luar tu, kalau boleh angkut kedai sekali. Dash! Dash! Memang kena kat dahi isteri. Kalau lelaki bujang di luar tu masih belum mengetahui apa yang wanita obses, sila ikuti bacaan ni dengan hati yang gembira...hehehe..




Wanita tidak boleh dipisahkan dengan make-up dan aksesori kecantikan. Memang kawan karib. Paling-paling cincai pun mesti ada bedak compact ( talkum tu untuk anak-anak yer) dan gincu. Biasanya wanita sekarang ni mesti ada krim uv, krim tumit kaki pecah (baru beli last week. Sedih tengok tumit kaki mula nak pecah), krim pencerah badan (nak bagi putih dan halus sikit). Tu belum masuk aksesori kat leher, telinga dangan tangan. Sekarang ni pula fesyen pakai cincin berbatu besar.. Semua nak jadi macam artis dah


Bagi wanita muslim pula, kebanyakannya akan ikut trend semasa bila masuk bab tudung ni. Tudung setingkat, 2 tingkat dan paling banyak 3 tingkat (macam mangkuk tingkat dah). Bila ada trend corak rama-rama, beli. Bila ada trend brooch besar kat dada, beli. Bila keluar corak bawal 2 tones, beli jugak. Semunya mesti ada. Tu yang kat pasaran banyak jual hanger untuk tudung. Kadang-kadang harga sehelai tudung tu bernilai ratusan ringgit. Ada dalam satu buletin tu, memaparkan pembeli beratur kat depan kedai seawal 3 pagi. Takut kehabisan stok tudung yang best-best. Saya selalu kirim kat mak mentua je beli kat Thailand. Hahaha.. Tapi mangsanya duit suami jugalah.



Yang part ni mesti lelaki perasaan. Wanita suka beli kasut dan sandal. Pantang tengok yang comel-comel. Mesti nak beli. Rak kasut penuh dengan kasut isteri je. Kasut suami letak dekat atas lantai je. Dah tak muat. Kalau ada rak kasut macam almari baju, mesti penuh juga.. Keghairahan membeli. Kebanyakan artis Malaysia especially yang wanita mempunyai bilik khas untuk simpan kasut yang melambak-lambak tu. Bilik untuk simpan kasut tu lebih besar dari bilik tidur. Tapi biasanya wanita-wanita ni ingat kat mana dia beli kasut-kasut yang melimpah tu. Harga kasut paling murah pun RM19.90. Paling mahal boleh mencecah ribuan ringgit! 


Umur dah mencecah 30 series ke atas minat lain pula. Mula nak jaga standard bila bawa bekal pergi ke tempat kerja. Harga botol air pun dah mencecah RM50 (sayalah tu).  Suami kata apahal mahal sangat botol air tu. Yelah bang, brand tupperware. Kualitinya terjamin. Huhuhu... Tup-tup anak dah gigit penutup botol.. Compeng sudah.. Bukan nak cakap ape, kalau kita simpan makanan atau biskut dalam bekas tupperware, jarang semon. Bahasa apa ni? Bahasa orang sarawak. Tidak lemau or masuk angin.


Perempuan dari umur 4 tahun dah kenal handbag.. Kalau budak kecik biasanya mak-mak belikan sliding bag. Kalau raya tu, memang wajib kena ada. Untuk kutip hasil setelah penat beraya. Kalau pergi sogo dengan mak, huh. Boleh juling mata. Nak-nak shopping complex tu letak tanda sale! Nak pilih handbag pun satu hal. Telek-telek. Tengok jahitan tak kemas, pergi kedai lain. Gucci, Polo, Coach, Louis Voitton, Crocodile, Satinni dan dll. Setakat ni, handbag yang termahal saya pernah beli khas untuk buat hantaran. Brand Bonia. Handbag dengan purse almost RM1000++. Sekali sekala tak apa. Hehe. Tapi yang syoknya handbag tu, macam kain. Kekal cantik dalam almari kat kampung. Sayang nak guna. Guna bila nak balik kg rumah mak mentua (Setahun sekali). Guna purse je. Masih elok sampai sekarang. Dah 3 tahun lebih. Kalau nak murah, Handbag tiruan banyak kat pasaran. Tapi kualitinya faham-faham je la. 




Wanita moden sekarang kebanyakkannya mesti terlibat dengan business MLM. Suami- suami jangan pulak bising kalau isteri-isteri guna duit gaji untuk dijadikan modal. Buat part time jualan langsung. Jual dengan kawan-kawan, ahli keluarga dan rakan online. Di antara business yang popular dengan kaum wanita Avon, Giacomo (pinggan mangkuk), Cosway, Tupperware dan Shaklee. Walaupun saya mempunyai gaji tetap, tapi saya macam tertarik sangat nak involve dalam business Shaklee. Rupa-rupanya, bila kita terlibat dalam business Shaklee, tahap penjagaan kesihatan diri dan ahli keluarga semakin meningkat. Dalam business MLM ni biasanya kita tidak bergerak keseorangan. Dalam group yang saya sertai, upline saya sentiasa memberi sokongan dan dorongan bagaimana untuk meningkatkan jualan. Yang paling pentingnya, saya mula mengenali & mencintai solat Dhuha bila menyertai group ini. Rasa teruja sangat bila membaca post-post orang yang berjaya memperolehi pendapatan bulanan RM30,000+++. Dorang share semua rahsia kejayaan. Pembaca yang ingin mengikut jejak saya untuk menjadi warga Shaklee, boleh tinggalkan komen atau fb Siti Fatimah Naim (0176708570)























0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...