Nasi dagang, kari ayam, tomyam, tumis air, masak gulai, pulut durian. Nak sebut banyak-banyak tak larat. Takut tertelan air liur pula. Kalau baca tajuk kat atas tu, kebanyakan isteri akan merasainya. Bagi isteri yang suaminya yatim atau piatu masa kecil, mungkin tidak merasainya. Tapi besar kemungkinan dibandingkan dengan masakan nenek dia pula!
Kenapa para suami suka membandingkan masakan ibunya dan isteri? Padahal isteri dah bersusah payah menyediakan masakan yang terbaik untuk suaminya. Cik bunga ada pengalaman benda-benda ni. Semalam first time buat kuih cik mek molek. Hasilnya hampeh!! Suami siap kata cik bunga tak boleh nak feel masa buat kuih. Kuih jadi keras dan banyak tepungla. Padahal cik bunga merujuk kepada husband cara nak masak kuih tu. Sabar jelah.
Agak-agak korangla, kalau tanggungjawab memasak tu jatuh kat bahu lelaki, mesti isteri-isteri kat luar sana akan cakap masakan ibu dia lagi sedap daripada masakan suami dia. Kui...kui..kui. Terkena ko bang! Saje je gurau.
Masa sekolah dulu, ada seorang guru lelaki kelab unit beruniform cik bunga yang pandai memasak. 2 kali pergi camping, 2 kali tu juga cikgu tu jadi chef! memang sporting habis dengan kitorang semua. Sporting-sporting pun kena ikut peraturan. Cik bunga pernah kena denda RM5 coz tak hadir KK sehari. Ok berbalik kepada cerita cikgu tu tadi. Bayangkan cikgu tu balik dari mengajar pukul 5pm pastu sejam baru sampai rumah and then memasak. Cik bunga pernah berbual dengan dia kenapa dia pula yang masak? Nak tahu apa jawapannya... Tunggu! Selepas ini. Iklan sekejap.
Back to the topic (terspeaking pula), cikgu tu kata tugas sebenar seorang isteri adalah melayan suaminya (yang ehem-ehem tu lah) dan menjaga anak-anak. Itu tugas hakikinya. Kalau isteri tidak masak, ia bukan menjadi kesalahan. Yes!!! Boleh makan kat luar selalu ni. Husband cik bunga kureeeng sikit bab memasak ni. Yang simple-simple boleh la seperti goreng ayam, masak nasi goreng. Kira pastlah juga bila masuk bab dapur ni.
Puas cik bunga fikir apalah sebab musabab yang menjadikan masakan ibu lebih sedap dari masakan isteri. Cik bunga nak bagitahu sikit kat pembaca. Husband cik bunga memang berkenan sangat kalau cik bunga masak mee goreng. Dia kata tak da orang boleh tanding. Sedap. Apalagi! Terangkatlah cik bunga ni. Dipuji melambung-melambung. Sorrylah dia kata nak makan mee goreng kat tempat lain. Mee goreng cik bunga memenuhi selera dia. Kelas gitu...
Tadi cik bunga adalah sikit menjalankan sesi soal jawab dengan suami pasal topik ni. Macam serius je. Apa yang cik bunga boleh rumuskan ialah masakan ibu lebih sedap dari masakan isteri kerana...
1# Allah telah mengurniakan kelebihan itu kepada semua ibu bahawa semua masakannya akan memenuhi citarasa anak-anaknya. Sudah termaktub dan ini akan terjadi secara berterusan. Sebagai contoh. Nanti anak-anak cik bunga akan mengatakan benda yang sama juga kepada isterinya.
Hal ini mungkin tidak terjadi kepada ibu-ibu yang tidak pernah memegang senduk dek kerana mempunyai seorang chef di rumahnya. Kiranya keluarga orang berduitlah! Anak-anak dibesarkan oleh bibik-bibik yang merangkap ibu angkat. Apa boleh buat. Mama businesswoman.
#2 Suami dibesarkan dengan masakan ibunya hampir 25 tahun sebelum isteri mengambil alih tugas memasak untuk dirinya. So, isteri-isteri tak payah kecik hari sangat bila suami cakap masakan kita tak sesedap macam ibunya. Berkahwin pun baru setahun jagung. Banyak kena belajar tentang citarasa suami kita tu.
Biasanya kalau cik bunga balik kampung, cik bunga akan cuba dapatkan beberapa resepi yang mak mentua masak. Kiranya adalah usaha sikit. Moga suatu hari nanti suami akan kata masakan isterinya sama sedap dengan masakan ibunya. Ada juga rakan sekerja cik bunga ni walaupun usia dah melewati 50-an tapi masih minta ibunya menyediakan bubur jagung. Alhamdulillah ibunya masih sihat. Dia kata isterinya buat bubur jagung tak sesedap ibunya. Apa boleh buat. Terima je lah.
#3 Perbezaan budaya mungkin juga penyebab terjadinya topik ini. Contoh paling senang cik bungalah. Husband cik bunga orang pantai timur. Orang pantai timur ni kebanyakkan bila masak tu kena tambah sikit gula. Baru ada om! Tomyam pun ada gula. Jangan tak caya!
Cik bunga ni pulak dibesarkan more to rempah and spicy! Tak ke kontra tu. Bila ibu mentua bagi resepi, cik bunga ni suka ubah sikit mana-mana yang perlu agar memenuhi citarasa cik bunga. Psttt. Nak buat macam mana? Selera cik bunga pun perlu dipenuhi.
Kesimpulannya: tak salah memuji masakan ibu di hadapan isteri tetapi terimalah masakan isteri seadanya. Cuba suaikan diri. Kalau tak sedap pun, kena puji juga coz isteri kita ada semangat untuk memasak.
p/s : dah ada anak dua baru terbit semangat nak masak kek & kuih. Nak bagi husband cik bunga gemuk. Hehe. Teruskan memasak wahai isteri-isteri di luar sana.
0 comments:
Post a Comment