Wednesday 2 October 2013

Tak nak mengandung lagi!


Cik bunga selalu terpikir-pikir. Berapa ramai anak cik bunga patut miliki! Sekarang ni cik bunga dah ada 2 powerpuff girls! Tu pun rumah dah kecoh! Tengok gelagat anak yang semakin besar. Dah pandai main sama! kalau beli barang mesti beli dua-dua. Adik dah pandai marah kalau tak dapat barang.

     Sambil memandu kereta pergi ke tempat kerja, cik bunga tertarik dengan suara ustaz yang berceloteh di radio. Topik yang dibincangkan adalah perihal anak. Ustaz itu mengatakan bukan anak lelaki atau perempuan yang kita perlu pentingkan. Bukan bilangan anak sikit dan banyak yang menjadi bualan. Yang penting untuk mendapat anak yang soleh dan solehah. Untuk doakan kita semasa kita sudah meninggal nanti! 

     Tersentak juga la cik bunga ni. Selalu kita pentingkan tentang jantina anak dalam masyarakat kita. Tapi dalam agama, menghasilkan anak yang soleh dan solehah yang menjadi keutamaan. Dalam entry kali ni cik bunga nak cerita pasal pengalaman cik bunga melahirkan anak sulung. Kawan cik bunga kata anak sulung ni tanda cinta atau bukti cinta di antara suami dan isteri. Cik bunga sokong 100%.


     Cik bunga melahirkan anak sulung pada bulan Ramadhan. Masa melahirkan anak sulung, husband cik bunga ada di sisi. Cik bunga delivered baby kat hospital kerajaan je. Pada tarikh due iaitu 23.8.2011, cik bunga dah start bleeding. Tapi tak rasa sakit apa-apa pun. Bila jumpa doktor, doktor cakap ini bukan nak branak lagi sebab cik bunga masih boleh senyum-senyum. Doktor tu check la serba-serbi. Pastu minta cik bunga balik rumah dulu. Sebelum tu, doktor mengingatkan cik bunga kalau dalam seminggu still tak rasa nak beranak, kena datang hospital semula.


     Keesokan harinya around pukul 3am, cik bunga rasa sakit pinggang. Sakit skejap-skejap. Tak boleh nak tidur. Cik bunga ajak husband bersembang sementara tunggu nak pagi. Makin lama sakit pinggang cik bunga makin kerap. Tak silap cik bunga, around pukul 8am, mak cik bunga sediakan nasi berlaukkan sardin plus dengan telur rebus. Untuk lapik perut dan dapatkan tenaga untuk push anak!

     Sebelum pergi hospital, mak cik bunga berkali-kali tanya. Betul-betul dah sakit ker? Kalau sakit sikit-sikit, tak yah pergi lagi. Cik bunga bukan ada pengalaman sakit beranak! Just angguk kepala sahaja nak pergi hospital. Kaki ni dah sejuk menggeletar.

     30 minit juga nak sampai hospital coz jalan jem orang nak pergi kerja. Sampai-sampai je, terus pergi tingkat 4. Cik bunga larat lagi berjalan walaupun ada attendan hospital tawarkan kerusi roda.
Sampai kat wad bersalin dan di chek, bukaan sudah mencapai 4cm. Doktor bidan tu cakap lebih kurang 6 jam lagi baru beranak! Apa? Yang ni pun dah sakit. Mana larat nak tahan sampai pukul 5pm. Huh parah ni. Nurse yang check cik bunga cakap biasalah anak sulung. Take time sikit. 1cm bersamaan 1 jam. Dengan suara lemah lembutnya, seorang doktor meminta kebenaran cik bunga untuk memecahkan air ketuban. Bila air ketuban dah pecah, sakitnya hanya Allah yang tahu.

      Cik bunga teringat kata-kata ulama. Sakit mati adalah sakit no 1. Kedua, sakit ibu yang melahirkan anak. Dan yang ketiga adalah sakit gigi. Kalau ibu yang meninggal masa melahirkan anak, ulama mengkategorikan sebagai syahid kecil. 

     Berbalik kepada cerita cik bunga tadi, cik bunga telah di letakkan di dalam labour room. Cik bunga dengar macam-macam suara, raungan dari bilik lain. semuanya menahan kesakitam. Ada sekali jarum yang dicucukkan kat lengan cik bunga tercabut. Apalagi! Darah melimpah keluar. Nasib baik husband cik bunga kebetulan masuk bilik bersalin dan memanggil nurse. Nurse tu minta cik bunga untuk memakai corong oksigen untuk mengurangkan rasa sakit di samping menasihatkan suami cik bunga untuk membaca ayat al-quran. 

     Dalam kesakitan tu sempat juga cik bunga kena bebel ngan husband coz tak bawa minyak selusuh. Cik bunga memang tak nak bawa sebab kurang percaya! Mana lalu nak minum minyak! Hah ambik kaw. Menanggung sakit la jawabnya! 

     Lebih kurang kul 3.15pm, rambut bayi sudah kelihatan. Seorang doktor perempuan muda dan seorang nurse bersedia untuk menyambut baby. Push banyak kali, pastu rehat. Masuk balik la kepala baby. Cik bunga boleh cakap ngan doktor tu sekejap yer. Saya nak rehat sekejap. Nasib baik doktor dan nurse tu tak bising. Memang cik bunga sangat suka service kat hospital tu. Nurse kat situ pun jenis cakap berbudi bahasa. 

     Bukaan terpaksa dipotong sedikit kerana bahu baby tersangkut. Tak sakit ke kena potong? tak pun. Sebab bagi cik bunga sakit sebelum nak keluarkan bayi lagi hebat! Kesan daripada luka tu, doktor yang merawat cik bunga terpaksa memasukkan 2 helai kapas ke dalam saluran. Cik bunga di pasangkan tiub untuk membuang air kecil. 

     Untuk pengetahuan pembaca, husband hanya dibenarkan berada di sisi cik bunga setelah selesai mengqamatkan bayi cik bunga. Bila semua dah settle, cik bunga dan bayi telah dihantar ke wad. Di situ, suami cik bunga sedang menunggu. Cik bunga terus cakap dengan suami tak nak mengandung lagi. Asyik ulang ayat sama ja. Husband cik bunga angguk je.

     Keesokan harinya sebelum pulang, doktor yang merawat cik bunga telah melakukan pemeriksaan dan mengeluarkan kapas. Doktor tu juga telah menekan perut cik bunga untuk memastikan tiada darah beku yang tertinggal. Memang betul mak cik bunga cakap! Mengeluarkan darah beku sama sakit macam nak beranak. 

     Bagi cik bunga, masa mengandung tak susah. Sakit sebelum melahirkan bayi tu yang paling sakit. Bila anak-anak dah start membesar, tugas mendidik pula. Kebiasaanya, ini adalah sebahagian doa yang cik bunga selalu titipkan selepas solat.

  "Ya Allah, ampunilah dosaku, dan kedua ibu bapaku dan dosa kaum muslimin dan muslimat yang telah kembali ke rahmatullah ataupun yang masih ada di dunia ini. Ya Allah, lindungilah kami sekeluarga daripada bencana yang tidak diingini. Ya Allah, rahmatilah hidupku. Ya Allah, permurahkanlah rezekiku, suamiku, anak-anakku dan ahli keluargaku. Ya Allah, kurniakanlah aku anak yang soleh dan solehah, cerdik akalnya, cantik rupa parasnya dan baik akhlaknya"

     Tugas mendidik anak semakin mencabar bila usia anak-anak semakin meningkat. Ibu dan ayah perlu berganding bahu dalam menguruskan perihal anak! Di harapkan semua ibu bapa di luar sana sentiasa sabar dan ikhlas dalam mendidik anak-anak. 

     Cik bunga teringat artikel seorang blogger yang mengatakan sekiranya kita tidak berasa penat dalam mendidik anak-anak, kemungkinan besar kita tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa sepenuhnya. Cik bunga no comment! Tepuk dada, tanya selera! Jumpa lagi.


Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

Indah khabar dari rupa! Khabar tu mewakili cik bunga. Rupa pula mewakili theme blog cik bunga. Maksudnya cik bunga ni lagi cantik! Heheheh... Saja nak buat pembaca rasa geli sikit! Cik bunga suka buat entry yang rileks-rileks je (jangan senyum sorang-sorang). Cik bunga nak kongsi dengan pembaca kisah cik bunga dengan blog. Moga ada yang mula mengikut jejak cik bunga! hazbest.wordpress dah berfungsi ke belum?

Dunia Blogging Dan Aku

Duit? Semua orang suka duit lagi-lagi cik bunga yang berduit ni. Hehehe. Memang cik bunga tak nafikan tujuan utama cik bunga involve dalam dunia blogging adalah untuk cari duit poket belah kiri. Poket belah kanan untuk gaji tetap! Poket belah kiri untuk kerja part time. 


#1  Cik bunga mula menjinakkan diri dalam dunia blog ni bila terpengaruh dengan kawan cik bunga. Pahan. Korang boleh la tengok wajah sebenar dia kat blog http://blog.pahan.my/ Mamat ni kalau cerita sesuatu, mesti buat kita terjun dalam cerita dia. Jadi watak utama. Tapi pernah cik bunga tertipu dengan cerita dia yang gempak tu pasal kedai makan yang tersedap kat Sarikei! Macam-macam la dia puji kedai tu. Apalagi, cik bunga yang ayu ni pun termakan dengan kata-kata pahan.

Kalau cerita pasal pahan ni, sampai kesudah pun tak habis. Ok!ok!ok! Sambung cerita tadi. Cik bunga dan sekeluarga pun pergi kat kedai tersedap tu! Kitorang order nasi ayam. Nak tahu apa yang orang kedai tu bagi? Nasi putih yang sejuk dan ayam goreng yang sejuk! nasib baik tak order air sejuk. Suami cik bunga mula la bebel. Dia kata bini dia masak lagi sedap (dah complain dengan Pahan). Tak yah promote ape-ape kedai makan kat cik bunga. Sukar untuk ku percayainya. Ini kisah awal tahun. 

Cik bunga ni ada juga jadi pengedar Produk Shaklee ( SID: 887547). Terpromote pula. Pahan ni pun bagi cadangan kenapa cik bunga tak buat blog? Pahan kata blog ni pun medium yang bagus juga untuk buat business. Setelah mendengar ceramah Pahan bobe...bobe... (Sambil pakai hearphone). Cik bunga pun mula la create email, setup blog, cari nama untuk blog dan macam-macam lagilah! Ingat senang ke! Mula-mula tu nak guna nama Mawar Senja tapi takut orang ingat cik bunga ni dah meniti usia senja. (Masih muda dan semangat pun masih muda ni! Hehe)

#2  Seminggu lepas setup blog, cik bunga rasa tak puas hati je dengan wajah blog (rasa macam tak friendly pengguna). Design pun ala-ala bunga yang nak layu. Cuba sana. Cuba sini. Masih tak ok. Cik bunga terpaksa la upah designer (pahan-bukan nama sebenar) untuk buat theme & layout untuk blog cik bunga. Harga kawan Rm50. Harga bukan kawan RM40. Hampeh! Baik tak payah jadi kawan. RM10 untuk cas postage Sabah Sarawak! Pahan ni terror sikit bab marketing ni. Dia siap ubah nama blog cik bunga. Biar glamour ala-ala artis gitu! 



#3  Step seterusnya mengenali istilah-istilah yang terlibat dalam dunia blog ni. SEO, Affiliat (nak terkeliat lidah cik bunga sebut). Maklumlah lidah orang putih. Tadi cik bunga tanyalah kat pahan (merujuk kepada individu bukan nama sebenar) apa la maksud blogwalking. Rupanya cik bunga mengintai di sebalik langsir baca blog-blog blogger lain dinamakan blogwalking

#4  Teknik penulisan pun penting juga dalam dunia blog. Nak tulis entry kena ada style. Cik bunga suka tulis entry jenis sempoi-sempoi. Ada blogger suka tulis entry macam baca berita pun ada. Semuanya tak salah! Ikut selera masing-masing. Entry? Penulisan blog. Tadi cik bunga belajar teknik spacing dan tab dan cara download gambar yang cantik. Nak cite banyak pun tak larat. Banyak sangat tok guru turunkan ilmu (belum berjaya amalkan sepenuhnya dalam entry ni)

#5   Seterusnya cik bunga belajar macam mana nak naikkan rank blog. Rupanya, dengan menyertai contest, comment yang sweet-sweet blog orang lain mampu meningkatkan traffic! Apahal pulak trafik ada dalam blog? Trafik tu bilangan orang view blog kita! 

Cik bunga baru nak join contest blogger sabree hussin. Dengan harapan ada trafik untuk blog cik bunga. Hadiah bukan segala-galanya.. Pssst! Berminat nak join sama ke? Klik sabree hussin
Mini contest ini mendapat sokongan penuh blogger Pakar iaitu TitanJuan dan Suri.

6#   Point ke enam ni cik bunga hentam je! Pikir logik je. Kalau ranking blog kita tinggi, nanti adalah tawaran-tawaran pengiklanan datang kat blog kita! Masa tulah orang sekeliling sibuk cakap kita buat duit dengan blogging. Barulah cik bunga tahu, apa fungsi iklan-iklan kat blog wall blogger. Dulu cik bunga suka klik iklan-iklan ni. Macam best je ada banyak iklan. Lagi best kalau banyak iklan kat blog cik bunga. 

#7   Kesimpulannya, usia cik bunga dalam dunia blog ni masih 14 hari. Baru nak kenal dunia blog! Nak dapatkan duit bukan senang. Kena kuasai ilmu terlebih dahulu. Nak dapatkan ilmu tu pun kena berguru. Tak kiralah dari buku or tok guru yang berjanggut. Rasanya jauh lagi perjalanan cik bunga!


P/s: nak involve pula sebagai penulis jemputan. Tapi gaya sempoi je la. Kepada saudara Sabree, entry ini ditulis selama 4 jam. Muga ada hadiah untuk penulis paling lama menulis entry! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...