Wednesday 9 October 2013

Aku Malu Untuk Jadi Romantis!


Lama rasanya tak tulis entry. Jari ni dah gatal untuk menari-menari kat atas ipad! Cik bunga baru pas makan nasi berlaukkan cendawan kukur lemak cili api dan ayam goreng upin! Memang meletop. Pagi tadi, husband cik bunga nak pergi kursus tetapi dia tertinggal kasut kerja kat office. Terpaksalah pakai kasut jalan yang dah berusia 4 tahun. Dah nampak lebam sikit. Dengan wajah comel dia tu, husband cik bunga minta cik bunga belanja dia. kasut baru! Huh, x mahu. Beli sendiri. Cik bunga jawab kat husband. Memang tak romantis betul cik bunga. Ada ke cakap macam tu kat suami. Insaf! Insaf! Sekejap jer. Hehehe


    Bagi cik bunga, orang Malaysia ni kurang romantis sikit dengan pasangan. Tak tahulah salah sape. Budaya ke, adab ke, jiran sebelah ke. Tak pun salah diri sendiri. Cik bunga rasa kita malu nak bersikap romantis dengan pasangan kita coz kita tidak didedahkan dengan persekitaran macam tu. Betuk tak? Terpaksa salahkan persekitaran pula! Kat bawah ni, cik bunga nak kongsikan beberapa idea cara untuk menunjukkan sikap romantis kita dengan pasangan. 

1# Teknik berkomunikasi dengan pasangan. Gunalah perkataaan seperti sayang, anje, hubby, honey dengan pasangan kita. Cik bunga panggil suami abang. Kadang-kadang abah! Husband cik bunga pula panggil cik bunga ibu! Sesuai tak? Suami kata seronok panggil cik bunga ibu! Nampak manja. Yer la tu! Sampai makcik kat kedai kuih pun panggil cik bunga ibu! Takpe lah. Asalkan makcik tu bahagia.

     Cik bunga paling seronok bila ada pasangan suami isteri menyebut panggilan manja pasangan mereka walaupun terdapat orang lain di sekitar tu. Cik bunga tengok dorang tak de pun kekok nak panggil. Memang sportingla! Cik bunga kena contohi sikap tu juga. Auntie cik bunga dengan husband dia guna panggilan anje dan abang walaupun kitorang anak buah ni melambak-melambak ada dekat dorang. Dr Fadzilah Kamsah kata, kita tak perlu malu atau takut orang mengata kalau panggil pasangan kita ayang atau anje ke. Bila kita ikhlas panggil pasangan kita dengan panggilan yang baik-baik, lama kelamaan orang lain akan faham. 

2# Melazimi perkara-perkara yang ritual. Contoh paling senang cik bungalah. Kalau husband cik bunga hantar ke tempat kerja, mesti cik bunga salam tangan dan cium pipi 3 kali. Dah menjadi rutin sejak kami berkahwin. Kadang-kadang bila dah lewat sampai tempat kerja, mula la cik bunga tergesa-gesa keluar kereta sampai lupe nak buat perkara rutin. Apalagi, cik abang pun berbunyi lah.

     Pernah juga budak umur 9 tahun tanya kat cik bunga kenapa cik bunga cium pipi suami. Cik bunga jawab dengan suami tak pa. Orang yang cik bunga sayang. Kalau awak nak buat juga, awak ciumlah pipi ibu dan abah awak. Mesti dorang suka. Budak tu senyum je bila cik bunga cakap macam tu. Esoknya bila jumpa, dia bagitahu dia cium pipi mama dia. Baguslah. Budak tu cakap seronok! Mungkin keluarga dia tak amalkan cium pipi ibu dan ayah kot.

3#  Power of touch! Yang ni paling penting. Pembaca perlu ingat! Sentuhan mampu mengkendurkan segala ketegangan dan stress pasangan kita. 


Kalau tengok isteri urut-urut kaki tu, apa salahnye suami tolong picitkan kaki isteri tu. Mungkin isteri penat buat kerja. Apa yang cik bunga perasan, kalau suami cik bunga asyik mengadu sakit kepala, cik bunga dah tau puncanya. Mesti cik bunga dah lama tak cari uban atas kepala cik abang tu. Lepas cari uban, cik bunga akan picit-picit sikit kepala suami tu. Nampak tak romantiknya di situ! 

     Kalau melintas jalan ker, apa salahnya pegang tangan pasangan. Ada riwayat menyatakan bahawa gugur segala dosa jika suami isteri berpegangan tangan. Senang kan nak hapus dosa! Jangan malu dengan pandangan orang. Itu semua andaian kita je. Takut orang mengata. Padahal orang akan cakap romantisnya pasangan tu.

4# Rasa tersentuh hati cik bunga pula bila tengok kain dah bersidai kat ampaian, terima kasih abang! Cik bunga tak minta tolong pun suami. Pagi tadi rushing pergi kerja. Tu yang tak sempat. Tolong menolong antara suami isteri juga merupakan salah satu cara untuk menunjukkan sikap romantis kita dengan pasangan. Ringankan beban pasangan kita.

    Dah namanya hidup berumahtangga. Semua kena kongsilah. Jangan benda best-best je nak kongsi. Masuk bab buat kerja rumah, tutup mata. Cik bunga yang bekerja ni semestinya mengharapkan bantuan suami untuk menguruskan rumahtangga. Cik bunga tak delah minta suami masak kari ker! Cukuplah kalau dia dapat basuh pinggan sendiri, jaga anak masa cik bunga masak. Simple je kan. Yang penting, kita kena tanamkan sifat ikhlas untuk bantu pasangan kita. 

#4 Sebelum kahwin, pasangan bercinta selalu beri hadiah. Romantis kan? Macam tu juga lah lepas kakwin. Kita digalakkan untuk memberi hadiah kepada pasangan kita. Sebabnya? Tanpa kita sedari, pemberian hadiah dapat mewujudkan sikap romantis dalam diri kita. Simple je kan?


     Cik bunga ade la sekali sekala bagi hadiah kat husband! Beli kasut, minyak wangi, handphone. Tak delah hadiah yang hebat sangat! Kena tengok bajet la juga.

#5   Mengingati hari bersejarah juga dapat menonjolkan sikap romantis kita dengan pasangan. Cik bunga rasa kebanyakan lelaki memang payah sikit nak ingat benda remeh temeh macam ni. 



Pendekatan yang cik bunga ambil untuk bagi suami ingat tarikh penting ni, kadang-kadang ada la sekali dua cik bunga buat pop kuiz dengan husband. Tanya birthday cik bunga, anniversary, bertunang. Birthday anak-anak pun cik bunga tanya. Cerewet tak?  Sapa suruh kahwin dengan cik bunga. Hahaha! 

     Antara usaha husband cik bunga untuk ingat besday cik bunga ialah dia letakkan besday cik bunga kat contact name dalam handphone. Kalau cik bunga call ade la terpapar besday cik bunga sekali. Lama-kelamaan akan masuk dalam ingatan

#6   Sekali sekala bawalah pasangan kita bercuti berdua. Kalau anak tak da orang nak jaga, terpaksalah angkut sekali.

     Kalau tak mampu, tak payahlah bawa pasangan kita bercuti ke luar negara. Pantai-pantai kat Malaysia ni banyak yang cantik-cantik. Sebelum ni, husband cik bunga ada la bawa cik bunga dan anak pergi ke pantai! Masa tu anak masih sorang lagi. Dah masuk 2 anak, belum lagi ada bunyi nak pergi bercuti! Mungkin dia tengah kira bajet kot. Fikir positif je lah.

#7  Puji memuji amalan mulia. Pernah dengar kata-kata bidalan tu? Tak pernah kan? Cik bunga yang reka (perasan). Dalam rumah tangga ni, memang kita kena selalu puji pasangan kita. Contohnya, kalau   isteri masak tu, puji la sikit. Kata la "masakan you lebih sedap daripada masakan nenek i"! Tipu-tipu sunat sikit untuk jaga hati pasangan. 

     Kalau tengok perut suami yang membuncit macam mengandung 9 bulan tu pun boleh puji juga. Skrip nye macam ni. Walaupun perut you tu macam orang mengandung yang tak kan beranak-ranak, i tetap sayang u macam dulu. Malah lebih banyak dari dulu. Ok tak skrip tu? Sambil puji sambil bergurau plus sindir sikit. Baru happy sikit! 

Cik bunga rasa cukuplah dulu cik bunga kongsikan beberapa tips ni! Mudah-mudahan kita berjaya amalkan demi kerukunan rumah tangga kita! 


 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...