Monday, 23 September 2013

Bau yang mengasyikkan!

Huh.. Terdelete pula entry yang cik bunga nak publish...apakan daya. Sabo je lah.. Huh. Ahad lepas, cik bunga teringin nak makan nasi lemak special. Berapa kurun dah mengidam. Pergi kat kedai tu nak order pesanan, makcik tu pula kata tunggu setengah jam. Nasi tengah masak.Second round (masyuk makcik tu). Kalau masak sedap, orang akan datang berulangkali. Sementara menunggu nasi lemak yang tersedap tu masak, husband cik bunga ajak pergi beli lauk & sayur. Cik bunga on je la. Berjaya juga cik bunga sambar sekilo sotong RM16. Tengok sayur tak de berkenan. Asyik-asyik sayur sama saja. Tiba-tiba dengan wajah excited, husband cik bunga tunjuk sesuatu!




            Mesti korang tertanya apa benda tu? Tak pernah tengok kan? ok! Cik bunga bagi clue sikit! Pokok ini tumbuh di atas tanah dan pokok ni pernah wujud kat belakang rumah cik bunga. Masih tidak berjaya teka kan? Clue kedua pulak!  Mak cik bunga telah tebang pokok ni tahun 1999 coz ada lebah! sebiji macam gambar di atas (acah je). Malas nak buat korang tertanya-tanya. Ini wajah sebenar benda tu ( bukan nama sebenar) hehe.

            Petai rupanya! Gambar yang cik bunga tunjuk kat atas tu masa dia masih putik lagi. Ajaib kan? Cik bunga tahu bentuk putik petai ni sebab belakang rumah cik bunga dulu pernah ada pokok petai. Daripada pemerhatian cik bunga, ramai orang kurang menggemari petai. Walaupun dia berbau tetapi dia mempunyai peminat yang tersendiri! Orang klasik macam cik bunga ni memang minat makan petai. Entry kali ni cik bunga nak kongsi dengan pembaca beberapa resepi yang korang boleh buat dengan petai. Selamat mencuba!!


             Resepi pertama yang cik bunga nak kongsi adalah udang sambal petai. Huhu...memang mengasyikkan. Baru kelmarin cik bunga masak sambal petai. Masa muda-muda dulu, cik bunga ni takdalah gemar makan petai! Bila mak cik bunga buat sambal petai, itulah kali pertama cik bunga makan. Memang sedap! Biasanya kalau masak udang sambal petai, cik bunga akan goreng petai & udang dulu. Baru ada rasa crunchy sikit. Minyak udang tadi cik bunga gunakan untuk buat sambal. Memang meletop! Nak-nak pula makan dengan ikan jeruk tenggiri. Memang terangkat habis!


            Petai rebus! Ni memang favourite cik bunga dan husband! Makan pula dengan kari ikan merah. 3 kali tambah nasi. Wa cakap sama lu. Memang awesome! Caranya mudah je. Mula-mula korang cuci dulu kulit petai dengan air paip (kalau rajin, guna sabun mandi). Pastu bagi cutting sikit tepi body petai tu. Memang hancus la bm cik bunga ni. Korang rebus petai tu dan tambah sikit garam. Rasa lemak-lemak je petai tu. Maaf, cik bunga tertelan air liur pula. Tambah pula dengan budu ( campuran perahan air limau dan cili api). Memang terangkat!


            Resepi seterusnya ialah kita salaikan petai tu atas unggun api. Salai pada waktu malam je (Petua orang tua) . Cik bunga tipu je. Rasa haruman petai tu memang menusuk jiwa tau! Lelaki lalu mirip Aaron Aziz depan cik bunga pun tak sedar. Nak-nak pula makan petai salai dengan nasi panas dan berulamkan cencaluk atau sambal belacan. Memang debommmm.. Aroma petai tu yang mahal! Susah nak jumpa. Ilustrasi di bawah tidak menggambarkan apa yang cik bunga cerita sebab ada ikan buntal goreng dan sirip ikan yu panggang.. Hehe


            Masak lemak cili api pucuk ubi, petai dan tempoyak. Nama masakan pun dah panjang. Rasa dia? Usah cakap lah! Memang tabik spring la. Orang nogori yang suka lomak-lomak cili api ni. Yang penting, aksesori seperti bawang, cili api dan kunyit hidup tu kita tumbuk. Baru rasa ori. Rasa terliaur je kan? Cik bunga faham perasaan korang. Moga gambar kat bawah ni dapat mengubat hati korang. 


             Resepi terakhir yang cik bunga boleh kongsi dengan korang adalah petai jeruk. Ni pun antara favourite keluarga cik bunga kat kampung. Tak sampai sehari dalam balang, habis. Tak sempat nak tunggu jadi jeruk. Itulah penangan petai yang kita tidak sangka. Teknik asas nak buat jeruk ni korang kene gotong-royong tanggalkan kulit petai. Kalau buat sorang-sorang boleh tertanggal jari. Penat wooo. Kalau malas, upah jiran sebelah. Tu pun kalau dia nak. Petai yang telah di kopek direndam dengan air garam dulu. Ganti air setiap dua jam sampai 3 kali. Pastu masuk dalam balang, isi garam dan tambah sikit cili api. Siap.. Mudah bukan? Lepas 3 hari, jemput-jemputlah makan petai.  

            

p/s : tolong belanja cik bunga petai. Mahal sangatla petai. Harga sepapan petai seringgit. Boleh habis duit gaji cik bunga (statement kedekut)





            



            

2 comments:

puteri kasih said...

puteri suka makan petai..terutamanya kalau dimasak sambal atau dibakar sedikit :)

ciknaim bunga said...

Baru pagi tadi makan petai rebus! Makan ngan sardin n telur dadar. Memang awesome jugaklah!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...