Tuesday, 17 September 2013

Khasiat Ulam-Ulaman

Rasa kecur air liur bila sebut pasal kerabu. Nak-nak pula kalau makan dengan nasi panas. Biasanya kalau saya buat kerabu perut sapi, saya akan gaulkan dengan beberapa jenis ulam. Jom selidik rahsia khasiat ulam-ulaman yang banyak terdapat di Malaysia.





1) Ulam Pegaga

<< Sebagai awet muda dan dapat mengatasi masalah kegemukan melampau
<< Sebagai tonik kecergasan minda (kaum India)
<< Air minuman penyejuk badan (kaum Cina)
<< Sumber rawatan bagi penawar keracunan, kanser, cirit- birit, kulit dan saraf
<< Menurunkan tekanan darah &  merawati penyakit kencing tidak lawas
<< Bahan tambah anti selulit & kedutan



2) Ulam Raja

<< Dapat memperelokkan peredaran darah
<< Dapat mengelakkan kerapuhan tulang
<< Dapat melawan penyakit yang pelbagai kerana ia mempunyai tahap keupayaan antioksida yang sangat tinggi



3) Kacang Botol

<< Dapat mengubati serangan demam campak
<< Mengandungi tinggi kalsium, besi dan vitamin A
<< Daun kacang botol dapat mengubati penyakit ulser kulit
<< 30% kandungannya adalah karbohidrat dan ia mempunyai kandungan asid amino yang sama dengan kacang soya
<< Kacang botol juga mampu untuk merawat bisul dan mata yang bengkak



4) Daun Selom

<< Dapat merawati bisul, gigitan ular, kala jengking dan bengkak kerana kanser
<< Sebagai penawar demam selesema, kesukaran membuang air dan berak berdarah
<< Dapat mengeluarkan angin dalam perut dan usus
<< Sebagai peransang untuk membuang air kerana kandungannya yang tinggi air









0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...