Saturday 28 September 2013

Kenapa Wanita Sukar Difahami?

Cik bunga sekeluarga baru pulang dari Pesta Limau di Bintangor. Mesti korang ingat banyak jual limau. Hakikatnya, zero! Akhirnya hajat cik bunga tertunai. Dapatlah beli tikar ajaib untuk si anak dara. Malam ni makan burger special ayam RM5 jer. Malas nak masak nasi (bukan selalu yer malas).

     Entry kali ni cik bunga nak lontarkan idea kenapa lelaki sukar memahami wanita-wanita cantik macam cik bunga ni. Perasan? Sudah tentu.





#1   Sebab utama dan lebih utama ialah wanita mempunyai pelbagai emosi yang boleh bertukar serta-merta. Sebelum period emosi dia lain. Lepas period lain pula. Sekejap gembira. Pastu bila suami masuk topik nak kahwin baru, marah dan menangis pula. Cik bunga teringat pula kat nyanyian dikir barat suami cik bunga. Dalam dielek Kelate, dia kata alangkah indahnya berbini baru. Tiada pergaduhan dan sengketa. Ye la sangat tu!


#2    Normally wanita mempunyai jiwa yang sensitif. Tapi bukan dalam semua perkara! Kalau suami asyik kata isteri dia tak lawa dan gemuk, manalah tak hots si isteri. Cik bunga pun ada pengalaman bab ni juga. 

       Husband cik bunga ni pernah juga compare cik bunga dengan awek-awek dia dulu. Cik bunga sabar je. Ada peluang balas dendam balik! Compare husband dengan pakwe lama pulak! Fair and square la! Rasanya husband cik bunga still keep in touch dengan bakal mak mentua yang tak jadi tu! Biarkan saje. Malas nak ambil pusing.


#3     Hakikatnya dan realitinya wanita mempunyai skop pemikiran yang kecil. Senang cerita, banyak negatif dari positif. Samada wanita bujang atau sudah berumahtangga sama je. 



Sebagai contoh : kalau   tinggal rumah bujang. Nak keluar beli makan pun kena sama. Kalau tak, ada la sehari tarik muka. Kalau nak pergi outing pun mesti kena sama-sama. Hah satu lagi cik bunga nak cerita! Kebanyakan perempuan masa bujang mesti ada kawan rapat. Kalau dua orang, tak de masalah. Tapi dah masuk 3 orang, mesti sorang akan makan hati! Tak caya cakap cik bunga? Pergi tanya awek hang sekarang. 

       Kalau cik bunga pula lepas kahwin ni, asyik fikir tak cukup duit je. Husband cik bunga selalu la nasihatkan agar ubah cara pemikiran. Dia kata kalau rasa tak cukup duit, ape tindakan kita seterusnya? Cari duit la kan! Bertolak dari situlah cik bunga start involve dalam business Shaklee! Yang penting rezeki tu kita kena cari.

#4    Lebih nafsu dalam membuat keputusan. Kalau tanya ustaz pun, dia akan kata benda yang sama.  
Tengah syok tengok melodi, siaran tak de pula. Sorry teriklan. Biasanya wanita suka mengikut perasaan dalam menyelesaikan sesuatu hal. Di sinilah lelaki kena bijak memainkan peranan. Jangan la kalau isteri kata A, kita ikut kata A jugak sedangkan bahana buruk akan menimpa kita sekiranya memilih keputusan A. 

        Cik bunga bagi contohlah. Katakan isteri minta penceraian ketika dalam keadaan marah. Janganlah pula si suami ni setuju pula. Walhal kita tahu isteri kita tu tengah marah sangat. Nanti dia dah cool down, tak da pun dia bermaksud nak bercerai. 

        Suami cik bunga suka complain juga cik bunga ni suka membeli perkara yang kurang penting. Contohnya, beli kasut baru tapi pakai sekali je. Tak ke membazir katanya. Ala-ala artis la cik bunga ni. Tak boleh pakai kasut yang sama (opss, bukan selalu ye). Kadang-kadang je.



#      Kesimpulanya apa yang dapat cik bunga katakan ialah wanita perlu dibimbing dalam certain-certain part. Kalau suami dengar rungutan isteri, apa salahnya kita take note sikit apa yang diperkatakan oleh isteri kita. Sebenarnya, wanita ni suka perhatian dan dimanjakan. Tak gitu!  





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...