Tuesday 1 October 2013

Dayus Makin Popular?

Buah hati cik bunga hari ni kena mandi! Banyak sangat kotoran melekat di badan. Tak da rupa dah. Tak macam saga 1.6 SE. Sementara cik bunga tunggu buah hati mandi, cik bunga ambil peluang layan ipad. Cik bunga ni baru balik dari bayar bil elektrik. Duit husband bajet RM100 untuk elektrik memang tak pernah cukup. Apa boleh buat. Tidor dalam air-cond.


     Minggu ni kita dihangatkan dengan satu perkataan yang jarang digunakan iaitu D.A.Y.U.S dek kerana pergaduhan bintang pop dengan security guard yang bergaji CEO. 


     Lupakan seketika kisah pergaduhan tu. Tadi cik bunga menghadiri meeting yang disertai oleh semua CEO kat Sarikei ni! Kelas gitu. (nampak sangat macam ada duit berjuta-juta dalam bank) temberang je cik bunga ni. Salah seorang CEO yang berucap menyebut perkataan anjakan paradigma. 2 perkataan yang membawa maksud lebih positif! DAYUS. No! No! No! Bagi cik bunga ia terlalu negatif.



     Rasanye satu Malaysia dah tahu pasal pergaduhan bini Mat Yo (bukan nama sebenar) dengan pak cik guard yang bergaji CEO. Nenek-nenek yang bekerja kat kebun pun mesti teruja lihat rakaman pergaduhan tu. Cik bunga tak tengok betul pun video tu! Apa yang cik bunga nampak, semua orang mengutuk bintang pop tu kat laman sosial dan blog. Pastu ramai yang buat kesimpulan Dato' Mat Yo pula yang dayus sebenarnya. Cik bunga malas nak komen bab ni! 

Berdasarkan video yang terlajak hangat tu, cik bunga boleh membuat beberapa kesimpulan

#1  Bintang pop (isteri M.Y) telah berjaya mempopularkan perkataan DAYUS. Dayus kalau dalam bahasa mudahnya lelaki yang tidak menjalankan amanah/ tanggungjawab. Biasanya kaitkan dengan lelaki yang suka pukul perempuan.

#2  Bintang pop tu mempunyai sikap tidak menghormati orang tua. Walaupun kita tidak bersalah pada mulanya, apa salahnya kita beralah dengan orang lebih tua daripada kita. Awas!!! beralah tak semestinya tewas. Ingat pada pepatah ni "yang tua di hormati, yang muda disayangi"

#3   Sekiranya kita nak orang lain menghormati kerjaya kita, apa salahnya kita menghormati kerjaya orang lain. Bukan luak pun duit kat kocek kita tu kalau kita hormat kerjaya orang lain. Kita selalunya memandang rendah kerjaya pak guard ni. Boleh huru hara juga airport tu kalau pak guard tak berfungsi. Semua orang nak ambil ahli keluarga depan pintu ketibaaan. Payah la macam tu. Tak nak parking jauh.

#4   Bintang pop tu gagal mengawal amarahnya yang meluap-luap. Kalau tanya ustaz kat Uganda pun dia akan kata macam tak da agama je. Seorang pakar motivasi mengatakan bahawa jangan sesekali kita menunjukkan sikap amarah di hadapan orang lain. Sebabnya? Bila kita menunjukkan sifat marah, ia akan membuka keaiban kita di samping membuat syaitan bertepuk tangan. 

#5   Jangan sesekali suka menyumpah orang lain dengan kata-kata yang sedap di dengar di halwa telinga SYAITAN. Biasanya, orang yang suka menyumpah orang lain ni jenis hati keras dan tak dengar nasihat! 

#6    Ucapan dan kata-kata melambangkan keperibadian kita. Kalau kita selalu biasakan diri kita cakap benda-benda yang busuk, lama-lama bila berada dikhalayak pun kita gagal mengawal diri menyebut benda-benda yang tidak elok.

#7    Jangan sesekali berusaha untuk membuka keaiban orang lain. Bagi pandangan cik bunga, niat asal bintang pop tu memuat turun rakaman video pergaduhan tu adalah untuk menunjukkan pak guard tu salah. Tapi apa yang dirancang sebaliknya berlaku. Kelakuan bintang pop yang popular tu pula mendapat kecaman hebat. Suami yang tidak bersalah pun turut terbabit sama. Kesian.

#8   Dalam hidup ni, kita kena jaga air muka orang sekeliling kita. Sebelum mengambil sebarang tindakan, fikir dulu.  Dalam eksiden ni, isteri Mat Yo berjaya merosakkan reputasi suaminya. Orang ramai turut mengutuk dato' Mat Yo. Cik bunga takut je kalau Mat Yo kena boo atas padang dek eksiden tu. Mat Yo ni macam star jugaklah kat Malaysia. 

Kesimpulan : Belajarlah untuk menerima kesalahan. Yang satu cik bunga puji pasal bintang pop tu dia telah mintak maaf secara terbuka! Tolong maafkan dia rakyat Malaysia! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...