Thursday, 19 September 2013

Merana Kerana Hobi!

Selesama pula malam ni! Siap la esok. Mesti terjangkit dengan anak. Rasa letih sangat melayan anak-anak seorang diri. Off record. Balik rumah terus menyapu sampah dalam bilik tidur. Mood tengah rajin. Pastu pergi mandi. Keluar dari bilik mandi, nampak kuaci bertaburan atas lantai. Dua orang budak tu tersenyum-senyum. Hobi kot ataupun supaya kita tak marah. Menyapu sampah sekali lagi. Mintak si kakak tolong jaga adik jap. Nak bancuh susu. Yang kakak angguk-angguk kepala. Dah settle bancuh susu tu. Rasa macam pelik je. Tak dengar suara kakak dan adik. Pergi tengok 2 beradik tu. Rupa-rupanya sedang menaburkan kacang parang atas lantai dalam bilik tidur. Kesimpulannya : hobi untuk hari Jumaat bagi anak-anak teraburkan kuaci dan kacang atas lantai. Hobi ibu pula menyapu sampah! Adoiii..

            Dalam dunia ni, semua orang ada hobi. Diantara hobi perempuan (termasuk cik bunga) ialah menonton drama atau baca novel sambil menangis.. Saja je. Tak tahu bila nak guna air mata. Rasa penuh dah air mata kat mata ni. So, kena keluarkan.. Tetapi bagi lelaki, kebanyakan hobi mereka melibatkan outdoor (boyfriend cik bunga) p/s : jangan report kat husband cik bunga ya! Rahsia.. Kadang-kadang kita tidak tahu membataskan had untuk melaksanakan hobi ni. Sini, cik bunga nak mengomel sikit tentang 5 hobi yang paling digemari oleh kaum lelaki. Kepada wanita-wanita sejati kat luar sana tu, bersabarlah jika pasangan anda sangat obses dengan hobi mereka sampai lupa nak mandi, makan dan tidor ( part tidur ni biasanya tak lupe!)



             Carta tertinggi hobi yang paling digemari oleh kaum adam ni ialah memancing. Katanya dapat release tension. Memancing ni skop dia luas. Ada yang gemar memancing ikan yang sebenar. Biasanya, pokcik-pokcik ni akan bermalam di atas lautan. Orang yang tak mabuk laut sesuai la. Suami cik bunga (masa tu masih bertunang) pernah pergi memancing kat laut Mukah. Seminggu mabuk ketika memandu kereta. Dia still rasa alunan ombak walaupun sudah berada di atas darat. Tapi ramai lagi yang suka memancing anak dara! Yang ni sangat bahaya.. Manalah isteri tak makan hati. Penat- penat jaga anak, jaga keperluan suami. Tuba dibalasnya (sorry, cik bunga teremosi pula)




              Bermain futsal merupakan hobi yang juga digemari golongan ni. Sekarang ni, banyak juga geng wanita dah main futsal. Biasanya anak daralah. Jarang wanita-wanita dah berumahtangga nak involve dalam hobi ni. Sebabnya? Badan dah extra XXXL. Cik bunga baru nak masuk kumpulan XL. Tupun cik abang dah berbunyi. Cik bunga dan anak pernah menemani suami main futsal dari pukul 8pm hingga 10.30pm. Bagi sokongan moral. Tapi sekali je. Daripada melayan hobi suami tu baik duduk kat rumah je tidur dalam bilik air-cond. Lagi best!! Jangan marah.. Hobi main futsal ni best kalau  tak injured. Kalau dah injured, ermmmm. Gantung but la jawabnya. Rasanya adik bongsu Cik Bunga dah 2 kali injured main futsal. Main macam profesional. Memang camtulah. Terus order produk Shaklee kat cik bunga. Dia kata memang mujarab supplement Shaklee tu. Bertuah badan involve dalam business ni. Family bagi sokongan.


               Sapa kata kaum wanita yang paling banyak surfing internet! Itu semua mitos je. Kaum lelaki yang banyak mendominasi hobi ni. Nak-nak pula sekarang ni banyak program untuk jana pendapatan melalui internet. Semua nak rebut peluang. Makin bertambahlah jualan ipad, telefon pintar, laptop kat kedai tu. Ayah cik bunga pun suka layari internet. Walaupun umur beliau akan mencecah 60 tahun Disember ni. Tapi dia up to date. Akaun fb pun ada. Satu hobi beliau ialah selalu buka akaun email coz asyik terlupa password je. Cik bunga nak story cerita lawak dengan pembaca pasal ayah cik bunga. Hari Selasa or Rabu hari tu, ayah cik bunga wish birthday kat wall akaun fb adik bongsu perempuan cik bunga. Kitorang adik beradik terkejutlah. Apasal ayah cik bunga ni. Yer la. Kat dalam fb kan dia ada mention bila besday orang. Kitorang berbalas-balas la comment kat wall tu. Dengan selamba ayah cik bunga comment "biar awal jangan terlambat" coverline terbaik!! Tapi, antara cik bunga dengan husband, cik bunga lebih up to date pasal benda-benda yang melibatkan ICT ni. Terpengaruh dengan rakan sekerja. Credit to Pahan. 


                    
Sebelum kahwin lagi, cik bunga telah didedahkan dengan hobi suami cik bunga yang satu ni.

             Cam tak bola apa ni? Sepak takraw! Husband cik bunga kategori obses dengan takraw ni. Hampir Setiap petang, kami 3 beranak menemani suami cik bunga main takraw kat court balai bomba. Rasanya semua orang kat situ dah kenal kami bertiga. Setiap kali ada tournament, mesti dia involve. Sehari suntuk tak ada kat rumah. Kadang-kadang dua hari. Mula-mula cik bunga bagilah. Tapi lama-kelamaan marah juga coz dah tak terlayan anak-anak. Pagi bekerja. Balik kerja memasak, membasuh dan mengemas lagi. Pernah sekali tu sampai 4 hari tinggalkan kami bertiga. Tapi nasib baik dia telah mensettlekan satu benda yang memudahkan cik bunga. Beli kereta saga 1.6 Auto. Cik bunga ni tak berapa pandai drive kereta manual. Tu yang happy sangat. Tak jadi nak marah.. Huhuhu. Sekarang ni, cik bunga jadi pengkritik tetap performance suami untuk game yang dia involve. Suami & cik bunga juga sering bertukar pandangan setiap game takraw yang kami tonton.  Nampak tak? Merana tapi bahagia! Hehehe


                 Hobi terakhir dalam carta cik bunga adalah hobi tidur. Kebanyakkan hobi ni semua lelaki minat. Anak bising tepi telinga pun masih boleh berdengkur. Hebat tak? Kadang-kadang orang lelaki tidur lebih lama dari perempuan. Macam penat sangat buat kerja. Padahal kerja tidur je. Dari orang bujang sampai la orang tua, hobi tidur ni memang semua orang suka. Nak tidur banyak boleh tapi janganlah keluar air liur. Busuk bantal tu! 



                  Apa yang cik bunga boleh kata. Hobi ni ada bagusnya. Tapi janganlah sampai melukakan hati pasangan kita disebabkan terlalu obses melayan hobi kita. Macam mana dengan hobi pasangan kita? Adakah kita memberi peluang kepada pasangan kita untuk melakukan sesuatu yang dia minat. Tepuk dada, tanya selera. Jumpa lagi! 

P/s : 2 hari berperang dengan anak (rebut ipad) untuk menyiapkan entry ni! 


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...