Tuesday 29 October 2013

Supplement Untuk Aku!

Masa cik bunga taip entry ni, cik bunga masih berada di dewan khusus. Lagi 20 minit nak bermula. Guruh kat luar bangunan sudah menunjukkan ngaumannya! On the way pergi khusus ni pun, kilat sudah memancarkan sinarnya! 

     Tadi masa makan tengah hari, kawan cik bunga tanya. Kenapa makan sikit sangat! Cik bunga kata dalam proses nak diet ni. Almaklumlah dah terlebih sikit berat tapi masih under control! Cuma nak slim sikit lagi. Cik bunga memang nak berazam tak mahu ambil nasi. Sebelum ni, jangan ceritalah. 3 pinggan nasi cik bunga boleh habis. Sekarang kuantiti nasi makin berkurang. Sangat-sangat berbeza. Harap-harap ia menjadi kenyataan.

     Malam tadi, cik bunga merenung diri seorang diri. Kedut-kedut mula kelihatan pada jari jemari. Maksudnya umur makin meningkatlah. Nak lari daripada kedutan memang payah. So, cik bunga just boleh kata cik bunga nak cari alternatif untuk melambatkan proses penuaan je dengan supplement yang ada pada shaklee!!



     Rasa gerun tak tengok supplement yang cik bunga ambil sekarang? Banyak tak? Sebenarnya, korang tak perlu takut. Bukan cik bunga makan sekaligus. Ada yang cik bunga makan sekali-sekala je. Ikut keadaan tubuh cik bunga. Kali ni cik bunga nak huraikan serba sedikit supplement yang cik bunga ambil.

     Cik bunga amalkan ESP ni hari-hari. ESP ni sejenis minuman berserbuk. Biasanya, early morning cik bunga bancuh dengan milo. Sebagai ganti kepada susu pekat. Cepat rasa kenyang. Nak ganti tabiat cik bunga makan nasi awal pagi (penangan kahwin dengan orang Kelantan). Kalau petang, cik bunga akan campurkan ESP dengan kordial delima. Strategi untuk elak makan nasi malam. Alhamdulillah dah 2 hari berjaya tak makan nasi malam dan kuantiti nasi cik bunga ambil masa lunch pun makin sedikit.

     Japp! Sebelum tu meh berkenalan dengan cik bunga serta rutin harian cik bunga. Cik bunga merupakan seorang ibu kepada 2 orang powerpuff girl. Yang sulung baru 2 tahun manakalan yang kecil baru 11bulan. Cik bunga menyusukan anak. Cik bunga bekerja sebagai kakitangan awam yang habis bekerja pukul 1.30pm. Pulang ke rumah, bergegas menyediakan makan malam sebelum ambil anak-anak kat rumah pengasuh. Cik bunga biasanya bangun pagi pukul 4.30am 

     Terdapat banyak kelebihan bila cik bunga ambil ESP. Yang paling penting adalah ia sebagai medium untuk awet muda kerana mengandungi asid amino. ESP juga dapat mengembalikan kulit remaja cik bunga dengan mengurangkan kesan parut, kedutan dan meransang semula pembentukan kulit dan otot. 

     ESP juga baik untuk hormon cik bunga kerana ia mengandungi isoflavones yang bertindak merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung. Pigmentasi yang terdapat di wajah cik bunga pun semakin berkurangan. Suami cik bunga ada puji semalam. Dia kata wajah cik bunga nampak mulus sikit dah! Alhamdulillah.

     Di sebabkan cik bunga nak kurangkan pengambilan karbohidrat (nasi), ESP Yang cik bunga ambil mampu membekalkan tenaga yang berpanjangan. Itu yang paling syoknya.





     

Sunday 27 October 2013

Langsing Dengan Cinch Shake

    "Setelah mengamalkan 2 canister Cinch Shake, berat badan saya telah berkurang sebanyak 7kg. Cinch Shake telah mengembalikan kegembiraan saya. Terima kasih Cinch Shake! Terima kasih Puan Siti atas nasihat yang diberikan" Puan Mariam, Kajang Selangor

    "Sekarang saya rasa hebat! Pinggang saya telah mengalami pengurangan inci daripada 36cm ke 30cm dalam masa 6 minggu" Cik Harlina, Setiawan Perak

  

     Pengurangan berat badan boleh jadi mudah walaupun ianya susah. Para saintis telah memberikan tumpuan saintifik dan kajian nutrisi selama 50 tahun bagi mencipta penyelesaian. Saintis Shaklee telah mencipta plan pengurangan inci bagi membantu mengelakkan kitaran diet yo-yo dengan menghasilkan makanan enak yang luarbiasa dengan sukatan kesihatan.

"Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?"
"Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?"

     Jawapan mudah untuk persoalan di atas adalah Cinch Shake. Cinch Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berkhasiat untuk membantu memelihara otot penting. Cinch Shake juga mampu membuat anda sentiasa rasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan.

<<< Apakah rasa Cinch Shake?
Cinch Shake rasa seakan pemanis mulut dengan khasiat penuh satu hidangan.

<<< Apakah kandungan Cinch yang dapat membantu memelihara otot?
Cinch telah diperkaya dengan leucine untuk memelihara otot di saat mengurangkan berat badan.

<<< Berapakah kandungan protein?
Cinch Shake mengandungi 24 gram protein dalam satu hidangan bagi memberikan rasa puas dan kenyang.

<<< Adakah Cinch mempunyai serat?
Cinch mengandungi kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian.

<<< Faedah lain :-

* Mempunyai nilai glisemik yang rendah untuk mengekalkan paras gula normal dalam darah dan   mengekalkan tenaga.  
*Memberi 35% atau lebih nilai harian bagi 21 jenis vitamin dan mineral penting.
*Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan.                                                       
* Mengandungi genetik soya yang tidak diubahsuai (GMO)

Cara Order : 

Facebook     : https://www.facebook.com/naim0404
Handphone  : sms ke 0176708570



Thursday 17 October 2013

Nak business apa?


Rasanya dah hampir 7 tahun kerja. 2 tahun kerja kat swasta dan sekarang cik bunga kerja goverment. Semua ada kenangan tersendiri. Masa kerja swasta dulu, selalu juga balik kul 9pm. Tapi cik bunga rasa ok je. Sebab masih bujang lagi. La ni tak dapat la nak balik lewat. Teringat wajah anak menanti kita di rumah pengasuh.

     Rasanya cik bunga dah involve banyak perniagaan. Bunyi macam hebat je kan? Padahal bukan berniaga pun tapi jadi member jer. Sesaje suka. Kalau tak silap, cik bunga ni member Avon, BML, Sendayu tinggi, Shaklee dan yang paling latest Tupperware. 

     Dalam banyak-banyak perniagaan tu, cik bunga hanya menunjukkan keseriusan untuk business Shaklee. Tak tahu kenapa! Mungkin dah takdir kot. Cik bunga mula terjebak dalam business ni bile start guna ESP untuk kurangkan berat badan. Selepas merasai sendiri keberkesanan produk ni, terus cik bunga sign up jadi ahli. 

   
    Bila cik bunga dah sign up, cik bunga terus dimasukkan dalam satu group secret dalam fb. Punyalah cik bunga terkejut! Rata-rata pendapatan suri rumah dalam secret group tu mencecah RM10,000 dan ke atas sebulan. Mana mata cik bunga tak terbeliak! Taraf gaji manager semuanya...Huhu

     Cik bunga berminat involve dalam business Shaklee ni coz ia banyak melibatkan online jer. Guna fb untuk cari customer. Ada juga yang buat promosi produk guna blog. Sekarang ni nak surfing internet mudah. Kat dalam bilik air pun boleh. Mesti ada orang buat ni. Tapi kadang-kadang cik bunga ade juga beli stok untuk simpanan. Mudah kalau kawan-kawan cik bunga nak beli. Memang dah ada pelanggan tetap! Syukur

    Teknik mudah yang cik bunga amalkan adalah promote produk kat fb dan blog. Kalau ada rezeki, ada la orang bertanya dan ingin beli produk dari kita. Kita just order produk dalam sistem dan pihak Shaklee akan hantar barang tersebut. Simple kan? Of course la kena pastikan customer bank in duit dulu. Kita ni macam orang tengah je.

     Berikut adalah beberapa faedah yang kita akan peroleh bile berbusiness dengan Shaklee : 

1#  dapat membeli produk Shaklee dengan harga pengedar ( 33% lebih rendah )
2#  bonus peribadi bulanan dan untung runcit.
3#  intensif pelancongan ke luar negara
4#  menyertai program subsidi kereta Shaklee
5#  pengiktirafan peribadi dalam penerbitan Shaklee

     Bagi cik bunga, kalau kita tak de modal RM1000, RM2000 pun boleh berniaga dengan Shaklee. Asalkan korang ada fb/ blog/ instagram atau Twitter. Satu pun dah memadai untuk promote produk Shaklee. Yang paling penting juga korang mesti ada debit or credit card untuk buat pembayaran online. Ini penting bagi sape-sape yang tak berminat or sukar nak beli barang kat branch macam cik bunga.

     Untuk pengetahuan pembaca, setiap member Shaklee ni, ada secret group masing-masing. Cik bunga rasa beruntung sangat masuk secret group cik bunga sekarang ni. Bile sale kita kurang, macam-macam nasihat akan dihulurkan tanpa push kita. Itu yang paling seronok. Masalah berkaitan dengan penyakit-penyakit, kegunaan produk semuanya kita akan dibimbing. Yang penting, kita tidak keseorangan! Sentiasa ada orang akan menarik tangan kita untuk mendaki ke puncak kejayaan.

Berikut beberapa maklumat penting yan mesti ada masa korang nak sign up untuk jadi member Shaklee! 

1# Nama sebenar (lelaki /perempuan)
2# Kad pengenalan yang diiktiraf
3# No handphone yang masih aktif
4# Akaun bank (x kisah mane-mane bank)
5# Alamat tempat tinggal (bagi adress atas pokok tidak diterima)
6# Seboleh-bolehnya mempunyai debit card or credit card
7# Mempunyai banking online yang masih aktif
8# email yang masih aktif


Rasa berminat tak nak join business Shaklee macam cik bunga? Kalau rasa ada keinginan nak berniaga, boleh contact cik bunga kat
>>>> http://bungaberbicara.blogspot.com
>>>> fb : siti fatimah naim
>>>> hp : 017-6708570


     

Monday 14 October 2013

Set Kesuburan Suami Isteri

Setiap orang yang berkahwin, pasti inginkan kelahiran cahaya mata. Begitu juga dengan cik bunga dan suami. Cik bunga kahwin bulan Jun. Tapi start tahu pregnant bulan 2 next year nyer. Before nak dapat baby tu, ada la bunyi-bunyi sikit saudara mara dan kawan-kawan tu. Tanye cik bunga merancang ke? Jawabnya, no. Bukan merancang tapi belum ada rezeki lagi. 

     Cik bunga teringat perbualan di antara husband cik bunga dengan bapa mentua.Yang paling best nye, suami cik bunga kena perli. Kalau dia pegang adik sepupu dia yang masih baby ker, mesti kena sound macam ni "asyik pegang anak orang jer, bila lagi nak pegang anak sendiri". 

    Cik bunga tak sedar bila cik bunga mengandung. Bapa mentua cik bunga ada juga tegur cik bunga. Dia kata macam lain macam je badan cik bunga. Tapi cik bunga buat dek jer ape dia cakap. Ingatkan gurauan. Bulan berikutnya, cik bunga still melompat-lompat tangkap bola masa latihan bola jaring. Tup tup, baru sedar 2 bulan dah tak datang bulan. Check guna pregnancy test and positif.

     Kalau still tak dapat baby dalam setahun tu kira ok lagi. Bulan madu lama sikit dengan suami. Part tu yang best. Kikikiki. Fikir positif je. Tapi biasanya dah masuk tahun kedua perkahwinan, biasanya orang perempuan akan stress sikit. Banyak sangat soalan yang perlu dijawab. Tapi cik bunga harap korang bersabarlah! Biasalah manusia. Gosip! Gosip! Gosip!   


Dah baca nasihat Dr Hamid Arshad? Berdasarkan post Dr Hamid, dia ada menasihatkan agar pasangan tersebut makan supplemen2 multivitamin. Cik bunga ingin suggestkan dekat korang cadangan supplement kesuburan Shaklee. 

Testimoni 1





# Lelaki

<<< Vitamin E

Menurut kajian pada tahun 1924, vitamin E shaklee mampu untuk mempertingkatkan dan memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu mempertingkatkan kiraan sperma mereka.

<<< Zinc

Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda daripada organ lain. Zinc memainkan peranan penting  dalam organ seks lelaki. Defiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah dan kemerosotan fungsi seksual

Dengan mengamalkan zinc Shaklee, di yakini mampu untuk mempertingkatkan kemampuan seks lelaki. Pengambilan zinc untuk jangka masa panjang dapat mempertingkatkan kiraan sperma. Zinc yang secukupnyaenting untuk keupayaan seks yang bertenaga. 

# Wanita

<<< Alfalfa

Alfalfa Shaklee sangat sesuai diamalkan oleh wanita kerana diyakini mampu untuk mengatasi masalah senggugut dan sakit pinggang yang melampau ketika didatangi haid, mengatasi masalah haid yang tidak teratur dan masalah keputihan. Selain itu, Alfalfa juga dapat mengurangkan 'kesakitan' apabila bersama dengan suami kerana kandungan herba yang pelbagai mampu bertindak sebagai kacip fatimah.

<<< Gla Complex
 
Gla complex dicipta untuk mengawal selia hormon estrogen dan testosteron iaitu gla membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon wanita dengan memperbaiki simpton seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

Selain itu, ramuan yang terkandung dalam gla shaklee mampu untuk mengetatkan uterus, mengawal ketidakseimbangan hormon dan berkesan sebagai bahan antikulat dalam organ sensitif wanita.

Pesan Cik Bunga : belum cuba belum tahu. Sesiapa yang inginkan produk kesuburan Shaklee, boleh berhubung terus dengan cik bunga di http://bungaberbicara.blogspot.com atau di talian 017-6708570. Harga mampu milik menanti anda! Yang paling penting, kualiti produk yang ditawarkan.




Best Selling 2013 - Lechitin dan Alfalfa


Hari ni cik bunga nak order barang, stok habis! Berapa kali dah stok habis! Memang hangat betul la dua-dua produk ni. Bagi orang yang dah tahu manfaat produk-produk ni, memang akan simpan stok dalam almari mereka. Bagi yang belum mengetahu apa manfaat kedua-dua produk ni, cik bunga akan huraikan serba sedikit.

#1 LECHITIN

<<<< Menyerap vitamin yang larut lemak - membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K yan larut lemak

<<<< Pemecahan lemak dan kolestrol - Lechitin bertindak sebagai "pembersih" salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisme lemak, kolestrol dan trigliserid dalam darah

<<<< Pelansingan - menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mampu mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelansingan yang seimbang

<<<< Mencantikkan otot dan kulit - membentuk mambran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolisme sel dan melambatkan penuaan.


#2 ALFALFA

<<<< Melawan alahan - memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan

<<<< Mencuci hati, darah dan usus - Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dalam badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot

<<<< Menyingkirkan lemak dan kolestrol - kajian klinikal telah membuktikan bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja mengandungi saponin seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol

<<<< Melegakan keletihan - Alfalfa diyakini mampu melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit


# kepada sesiapa yang berminat, bolehlah tinggalkan mesej di blog atau sms cik bunga di 0176708570 . Harga hebat menanti anda!


 

Saturday 12 October 2013

Melayani Ragam Anak Yang Luar Biasa

Tak dapat nak tengok AF. Hujan lebat sangat. Apalagi, Astro pun outlah! Suami dah lame melenakan diri dengan anak-anak. Anak sulung cik bunga memang tidur berimpit dengan abah dia. Bunyi dengkuran tu makin lame makin kuat! Hahaha. Alah bisa tegal biasa.

     Petang tadi, kami 4 beranak ronda taman perumahan dengan motor. Rasanye kali ke tiga kitorang pusing taman. Nampak auntie sebelah (chinese) tengah pegang 2 kaki depan anjing dia sambil berjalan. Kitorang tanye auntie tu kenapa? Auntie tu cakap anjing tak nak balik rumah. Cik bunga tengok dengan mata kepala cik bunga sendiri auntie tu pimpin anjing ni sampai masuk pagar.

Daripada pemerhatian cik bunga, 2 perkara cik bunga dapat rumuskan iaitu 

1) walaupun anjing itu telah dijaga hampir sempurna oleh tuannya, sampai satu tahap die sudah pandai ingkar dan ingin cabut lari. 

2) mungkin sudah sampai tahap baligh anjing tu untuk mencari pasangan hidup. Boring hidup sorang-sorang. Tiada teman sejenis untuk dibawa bergurau.

Stop cerita pasal anjing tu. Die sedang tidor kat rumah sebelah. Mungkin tak berdengkur kot. Kikiki.

Berbalik kepada topik kita! tanyalah mane-mane ibu bapa. Semuanya ade dugaan dalam membesarkan anak-anak. Kali ni cik bunga nak fokus pada kelakuan anak sulung cik bunga. 

   Mase mengandungkan Yaya, cik bunga pernah bleeding. Kena tahan ward 2011 time raya cina. 2 hari kalau tak silap. Kesan hentakan naik perahu. Gelombang sungai kuat kot. Nasib baik tak de pape. Masa nak deliver die pun, boleh tahan lama juga menanggung sakit. Itu cerita 2 tahun lepas. La ni, macam-macam dia buat. Memang menduga iman ibu dia.

     Cik bunga teringat kerenah yaya masa nak balik cuti hari raya tahun ni. Kitorang sekeluarga duduk seat  paling belakang dalam flight. Yaya siap main acah-acah dengan pramugari-pramugari tu. Barisan seat yang dia duduk tu usah cerita la. Jajan banyak berterabur. Benda yang cik bunga tak sangka bila dia sadung kaki pramugara MAS tu. Nasib baik pramugara tu tak terjatuh. Mesti bengkak hati kawan tu! Aduhai Yaya!

     Last week punye cite menakutkan pula. Yaya celup jari die dalam tangki minyak motor mase abah dia isi minyak motor. Abah dia punye la marah tapi dia senyum-senyum je. Belum sempat cik bunga nak basuh tangan dia, Yaya gosok mata dia dengan tangan. Apalagi! Menjeritlah. Mungkin panas kot. Cik bunga takut buta je. Buta di kemudian hari. Cik bunga cucur mata dia dengan air lama-lama. Nasib baik tak de papa. 

     Petang tadi terpaksa tepon pengasuh! Tanya dia kat mana? Yaya asyik sebut nak pergi rumah mak sejak semalam. Mintak izin kat pengasuh untuk hantar yaya 2 jam. Kena bayar ot la pula. Yer la, lagi 3 minggu je lagi yaya nak balik kampung. 6 minggu tak jumpa mak dia. Mak tu panggilan untuk pengasuh yaya. Itupun kalau ibu and abah yaya tak dapat pindah! Kalau dapat pindah, kira ini 3 minggu yang terakhir sebelum mereka berpisah! Sedih la pulak bila difikirkan.

     Kadang-kadang cik bunga selalu berkelahi ngan yaya. Yaya suke bolot ipad. Bila nak ambil dia kat umah pengasuh dan nampak ibu dia, soalan pertama dia tanya " ner ipad?" Kemaruk ngan ipad. Kadang-kadang cik bunga nak guna skejap pun dia marah. Padahal pasang movie upin ipin tapi dok main mainan lain. Yang penting dengan suara ipin tu! Ada dah 4-5 kali ipad tu terhempas dek kerana yaya. Itu yang cik bunga paling hot sekali. Sabar je lah.

     Mudah-mudahan bila yaya dah mencapai umur 4-5 tahun atau dah bersekolah nanti, dia akan berubah. Tak nakal sangat. Nakal ni ikut perangai abah dia masa kecik tu. Hehehe...


Wednesday 9 October 2013

Aku Malu Untuk Jadi Romantis!


Lama rasanya tak tulis entry. Jari ni dah gatal untuk menari-menari kat atas ipad! Cik bunga baru pas makan nasi berlaukkan cendawan kukur lemak cili api dan ayam goreng upin! Memang meletop. Pagi tadi, husband cik bunga nak pergi kursus tetapi dia tertinggal kasut kerja kat office. Terpaksalah pakai kasut jalan yang dah berusia 4 tahun. Dah nampak lebam sikit. Dengan wajah comel dia tu, husband cik bunga minta cik bunga belanja dia. kasut baru! Huh, x mahu. Beli sendiri. Cik bunga jawab kat husband. Memang tak romantis betul cik bunga. Ada ke cakap macam tu kat suami. Insaf! Insaf! Sekejap jer. Hehehe


    Bagi cik bunga, orang Malaysia ni kurang romantis sikit dengan pasangan. Tak tahulah salah sape. Budaya ke, adab ke, jiran sebelah ke. Tak pun salah diri sendiri. Cik bunga rasa kita malu nak bersikap romantis dengan pasangan kita coz kita tidak didedahkan dengan persekitaran macam tu. Betuk tak? Terpaksa salahkan persekitaran pula! Kat bawah ni, cik bunga nak kongsikan beberapa idea cara untuk menunjukkan sikap romantis kita dengan pasangan. 

1# Teknik berkomunikasi dengan pasangan. Gunalah perkataaan seperti sayang, anje, hubby, honey dengan pasangan kita. Cik bunga panggil suami abang. Kadang-kadang abah! Husband cik bunga pula panggil cik bunga ibu! Sesuai tak? Suami kata seronok panggil cik bunga ibu! Nampak manja. Yer la tu! Sampai makcik kat kedai kuih pun panggil cik bunga ibu! Takpe lah. Asalkan makcik tu bahagia.

     Cik bunga paling seronok bila ada pasangan suami isteri menyebut panggilan manja pasangan mereka walaupun terdapat orang lain di sekitar tu. Cik bunga tengok dorang tak de pun kekok nak panggil. Memang sportingla! Cik bunga kena contohi sikap tu juga. Auntie cik bunga dengan husband dia guna panggilan anje dan abang walaupun kitorang anak buah ni melambak-melambak ada dekat dorang. Dr Fadzilah Kamsah kata, kita tak perlu malu atau takut orang mengata kalau panggil pasangan kita ayang atau anje ke. Bila kita ikhlas panggil pasangan kita dengan panggilan yang baik-baik, lama kelamaan orang lain akan faham. 

2# Melazimi perkara-perkara yang ritual. Contoh paling senang cik bungalah. Kalau husband cik bunga hantar ke tempat kerja, mesti cik bunga salam tangan dan cium pipi 3 kali. Dah menjadi rutin sejak kami berkahwin. Kadang-kadang bila dah lewat sampai tempat kerja, mula la cik bunga tergesa-gesa keluar kereta sampai lupe nak buat perkara rutin. Apalagi, cik abang pun berbunyi lah.

     Pernah juga budak umur 9 tahun tanya kat cik bunga kenapa cik bunga cium pipi suami. Cik bunga jawab dengan suami tak pa. Orang yang cik bunga sayang. Kalau awak nak buat juga, awak ciumlah pipi ibu dan abah awak. Mesti dorang suka. Budak tu senyum je bila cik bunga cakap macam tu. Esoknya bila jumpa, dia bagitahu dia cium pipi mama dia. Baguslah. Budak tu cakap seronok! Mungkin keluarga dia tak amalkan cium pipi ibu dan ayah kot.

3#  Power of touch! Yang ni paling penting. Pembaca perlu ingat! Sentuhan mampu mengkendurkan segala ketegangan dan stress pasangan kita. 


Kalau tengok isteri urut-urut kaki tu, apa salahnye suami tolong picitkan kaki isteri tu. Mungkin isteri penat buat kerja. Apa yang cik bunga perasan, kalau suami cik bunga asyik mengadu sakit kepala, cik bunga dah tau puncanya. Mesti cik bunga dah lama tak cari uban atas kepala cik abang tu. Lepas cari uban, cik bunga akan picit-picit sikit kepala suami tu. Nampak tak romantiknya di situ! 

     Kalau melintas jalan ker, apa salahnya pegang tangan pasangan. Ada riwayat menyatakan bahawa gugur segala dosa jika suami isteri berpegangan tangan. Senang kan nak hapus dosa! Jangan malu dengan pandangan orang. Itu semua andaian kita je. Takut orang mengata. Padahal orang akan cakap romantisnya pasangan tu.

4# Rasa tersentuh hati cik bunga pula bila tengok kain dah bersidai kat ampaian, terima kasih abang! Cik bunga tak minta tolong pun suami. Pagi tadi rushing pergi kerja. Tu yang tak sempat. Tolong menolong antara suami isteri juga merupakan salah satu cara untuk menunjukkan sikap romantis kita dengan pasangan. Ringankan beban pasangan kita.

    Dah namanya hidup berumahtangga. Semua kena kongsilah. Jangan benda best-best je nak kongsi. Masuk bab buat kerja rumah, tutup mata. Cik bunga yang bekerja ni semestinya mengharapkan bantuan suami untuk menguruskan rumahtangga. Cik bunga tak delah minta suami masak kari ker! Cukuplah kalau dia dapat basuh pinggan sendiri, jaga anak masa cik bunga masak. Simple je kan. Yang penting, kita kena tanamkan sifat ikhlas untuk bantu pasangan kita. 

#4 Sebelum kahwin, pasangan bercinta selalu beri hadiah. Romantis kan? Macam tu juga lah lepas kakwin. Kita digalakkan untuk memberi hadiah kepada pasangan kita. Sebabnya? Tanpa kita sedari, pemberian hadiah dapat mewujudkan sikap romantis dalam diri kita. Simple je kan?


     Cik bunga ade la sekali sekala bagi hadiah kat husband! Beli kasut, minyak wangi, handphone. Tak delah hadiah yang hebat sangat! Kena tengok bajet la juga.

#5   Mengingati hari bersejarah juga dapat menonjolkan sikap romantis kita dengan pasangan. Cik bunga rasa kebanyakan lelaki memang payah sikit nak ingat benda remeh temeh macam ni. 



Pendekatan yang cik bunga ambil untuk bagi suami ingat tarikh penting ni, kadang-kadang ada la sekali dua cik bunga buat pop kuiz dengan husband. Tanya birthday cik bunga, anniversary, bertunang. Birthday anak-anak pun cik bunga tanya. Cerewet tak?  Sapa suruh kahwin dengan cik bunga. Hahaha! 

     Antara usaha husband cik bunga untuk ingat besday cik bunga ialah dia letakkan besday cik bunga kat contact name dalam handphone. Kalau cik bunga call ade la terpapar besday cik bunga sekali. Lama-kelamaan akan masuk dalam ingatan

#6   Sekali sekala bawalah pasangan kita bercuti berdua. Kalau anak tak da orang nak jaga, terpaksalah angkut sekali.

     Kalau tak mampu, tak payahlah bawa pasangan kita bercuti ke luar negara. Pantai-pantai kat Malaysia ni banyak yang cantik-cantik. Sebelum ni, husband cik bunga ada la bawa cik bunga dan anak pergi ke pantai! Masa tu anak masih sorang lagi. Dah masuk 2 anak, belum lagi ada bunyi nak pergi bercuti! Mungkin dia tengah kira bajet kot. Fikir positif je lah.

#7  Puji memuji amalan mulia. Pernah dengar kata-kata bidalan tu? Tak pernah kan? Cik bunga yang reka (perasan). Dalam rumah tangga ni, memang kita kena selalu puji pasangan kita. Contohnya, kalau   isteri masak tu, puji la sikit. Kata la "masakan you lebih sedap daripada masakan nenek i"! Tipu-tipu sunat sikit untuk jaga hati pasangan. 

     Kalau tengok perut suami yang membuncit macam mengandung 9 bulan tu pun boleh puji juga. Skrip nye macam ni. Walaupun perut you tu macam orang mengandung yang tak kan beranak-ranak, i tetap sayang u macam dulu. Malah lebih banyak dari dulu. Ok tak skrip tu? Sambil puji sambil bergurau plus sindir sikit. Baru happy sikit! 

Cik bunga rasa cukuplah dulu cik bunga kongsikan beberapa tips ni! Mudah-mudahan kita berjaya amalkan demi kerukunan rumah tangga kita! 


 


Wednesday 2 October 2013

Tak nak mengandung lagi!


Cik bunga selalu terpikir-pikir. Berapa ramai anak cik bunga patut miliki! Sekarang ni cik bunga dah ada 2 powerpuff girls! Tu pun rumah dah kecoh! Tengok gelagat anak yang semakin besar. Dah pandai main sama! kalau beli barang mesti beli dua-dua. Adik dah pandai marah kalau tak dapat barang.

     Sambil memandu kereta pergi ke tempat kerja, cik bunga tertarik dengan suara ustaz yang berceloteh di radio. Topik yang dibincangkan adalah perihal anak. Ustaz itu mengatakan bukan anak lelaki atau perempuan yang kita perlu pentingkan. Bukan bilangan anak sikit dan banyak yang menjadi bualan. Yang penting untuk mendapat anak yang soleh dan solehah. Untuk doakan kita semasa kita sudah meninggal nanti! 

     Tersentak juga la cik bunga ni. Selalu kita pentingkan tentang jantina anak dalam masyarakat kita. Tapi dalam agama, menghasilkan anak yang soleh dan solehah yang menjadi keutamaan. Dalam entry kali ni cik bunga nak cerita pasal pengalaman cik bunga melahirkan anak sulung. Kawan cik bunga kata anak sulung ni tanda cinta atau bukti cinta di antara suami dan isteri. Cik bunga sokong 100%.


     Cik bunga melahirkan anak sulung pada bulan Ramadhan. Masa melahirkan anak sulung, husband cik bunga ada di sisi. Cik bunga delivered baby kat hospital kerajaan je. Pada tarikh due iaitu 23.8.2011, cik bunga dah start bleeding. Tapi tak rasa sakit apa-apa pun. Bila jumpa doktor, doktor cakap ini bukan nak branak lagi sebab cik bunga masih boleh senyum-senyum. Doktor tu check la serba-serbi. Pastu minta cik bunga balik rumah dulu. Sebelum tu, doktor mengingatkan cik bunga kalau dalam seminggu still tak rasa nak beranak, kena datang hospital semula.


     Keesokan harinya around pukul 3am, cik bunga rasa sakit pinggang. Sakit skejap-skejap. Tak boleh nak tidur. Cik bunga ajak husband bersembang sementara tunggu nak pagi. Makin lama sakit pinggang cik bunga makin kerap. Tak silap cik bunga, around pukul 8am, mak cik bunga sediakan nasi berlaukkan sardin plus dengan telur rebus. Untuk lapik perut dan dapatkan tenaga untuk push anak!

     Sebelum pergi hospital, mak cik bunga berkali-kali tanya. Betul-betul dah sakit ker? Kalau sakit sikit-sikit, tak yah pergi lagi. Cik bunga bukan ada pengalaman sakit beranak! Just angguk kepala sahaja nak pergi hospital. Kaki ni dah sejuk menggeletar.

     30 minit juga nak sampai hospital coz jalan jem orang nak pergi kerja. Sampai-sampai je, terus pergi tingkat 4. Cik bunga larat lagi berjalan walaupun ada attendan hospital tawarkan kerusi roda.
Sampai kat wad bersalin dan di chek, bukaan sudah mencapai 4cm. Doktor bidan tu cakap lebih kurang 6 jam lagi baru beranak! Apa? Yang ni pun dah sakit. Mana larat nak tahan sampai pukul 5pm. Huh parah ni. Nurse yang check cik bunga cakap biasalah anak sulung. Take time sikit. 1cm bersamaan 1 jam. Dengan suara lemah lembutnya, seorang doktor meminta kebenaran cik bunga untuk memecahkan air ketuban. Bila air ketuban dah pecah, sakitnya hanya Allah yang tahu.

      Cik bunga teringat kata-kata ulama. Sakit mati adalah sakit no 1. Kedua, sakit ibu yang melahirkan anak. Dan yang ketiga adalah sakit gigi. Kalau ibu yang meninggal masa melahirkan anak, ulama mengkategorikan sebagai syahid kecil. 

     Berbalik kepada cerita cik bunga tadi, cik bunga telah di letakkan di dalam labour room. Cik bunga dengar macam-macam suara, raungan dari bilik lain. semuanya menahan kesakitam. Ada sekali jarum yang dicucukkan kat lengan cik bunga tercabut. Apalagi! Darah melimpah keluar. Nasib baik husband cik bunga kebetulan masuk bilik bersalin dan memanggil nurse. Nurse tu minta cik bunga untuk memakai corong oksigen untuk mengurangkan rasa sakit di samping menasihatkan suami cik bunga untuk membaca ayat al-quran. 

     Dalam kesakitan tu sempat juga cik bunga kena bebel ngan husband coz tak bawa minyak selusuh. Cik bunga memang tak nak bawa sebab kurang percaya! Mana lalu nak minum minyak! Hah ambik kaw. Menanggung sakit la jawabnya! 

     Lebih kurang kul 3.15pm, rambut bayi sudah kelihatan. Seorang doktor perempuan muda dan seorang nurse bersedia untuk menyambut baby. Push banyak kali, pastu rehat. Masuk balik la kepala baby. Cik bunga boleh cakap ngan doktor tu sekejap yer. Saya nak rehat sekejap. Nasib baik doktor dan nurse tu tak bising. Memang cik bunga sangat suka service kat hospital tu. Nurse kat situ pun jenis cakap berbudi bahasa. 

     Bukaan terpaksa dipotong sedikit kerana bahu baby tersangkut. Tak sakit ke kena potong? tak pun. Sebab bagi cik bunga sakit sebelum nak keluarkan bayi lagi hebat! Kesan daripada luka tu, doktor yang merawat cik bunga terpaksa memasukkan 2 helai kapas ke dalam saluran. Cik bunga di pasangkan tiub untuk membuang air kecil. 

     Untuk pengetahuan pembaca, husband hanya dibenarkan berada di sisi cik bunga setelah selesai mengqamatkan bayi cik bunga. Bila semua dah settle, cik bunga dan bayi telah dihantar ke wad. Di situ, suami cik bunga sedang menunggu. Cik bunga terus cakap dengan suami tak nak mengandung lagi. Asyik ulang ayat sama ja. Husband cik bunga angguk je.

     Keesokan harinya sebelum pulang, doktor yang merawat cik bunga telah melakukan pemeriksaan dan mengeluarkan kapas. Doktor tu juga telah menekan perut cik bunga untuk memastikan tiada darah beku yang tertinggal. Memang betul mak cik bunga cakap! Mengeluarkan darah beku sama sakit macam nak beranak. 

     Bagi cik bunga, masa mengandung tak susah. Sakit sebelum melahirkan bayi tu yang paling sakit. Bila anak-anak dah start membesar, tugas mendidik pula. Kebiasaanya, ini adalah sebahagian doa yang cik bunga selalu titipkan selepas solat.

  "Ya Allah, ampunilah dosaku, dan kedua ibu bapaku dan dosa kaum muslimin dan muslimat yang telah kembali ke rahmatullah ataupun yang masih ada di dunia ini. Ya Allah, lindungilah kami sekeluarga daripada bencana yang tidak diingini. Ya Allah, rahmatilah hidupku. Ya Allah, permurahkanlah rezekiku, suamiku, anak-anakku dan ahli keluargaku. Ya Allah, kurniakanlah aku anak yang soleh dan solehah, cerdik akalnya, cantik rupa parasnya dan baik akhlaknya"

     Tugas mendidik anak semakin mencabar bila usia anak-anak semakin meningkat. Ibu dan ayah perlu berganding bahu dalam menguruskan perihal anak! Di harapkan semua ibu bapa di luar sana sentiasa sabar dan ikhlas dalam mendidik anak-anak. 

     Cik bunga teringat artikel seorang blogger yang mengatakan sekiranya kita tidak berasa penat dalam mendidik anak-anak, kemungkinan besar kita tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa sepenuhnya. Cik bunga no comment! Tepuk dada, tanya selera! Jumpa lagi.


Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

Indah khabar dari rupa! Khabar tu mewakili cik bunga. Rupa pula mewakili theme blog cik bunga. Maksudnya cik bunga ni lagi cantik! Heheheh... Saja nak buat pembaca rasa geli sikit! Cik bunga suka buat entry yang rileks-rileks je (jangan senyum sorang-sorang). Cik bunga nak kongsi dengan pembaca kisah cik bunga dengan blog. Moga ada yang mula mengikut jejak cik bunga! hazbest.wordpress dah berfungsi ke belum?

Dunia Blogging Dan Aku

Duit? Semua orang suka duit lagi-lagi cik bunga yang berduit ni. Hehehe. Memang cik bunga tak nafikan tujuan utama cik bunga involve dalam dunia blogging adalah untuk cari duit poket belah kiri. Poket belah kanan untuk gaji tetap! Poket belah kiri untuk kerja part time. 


#1  Cik bunga mula menjinakkan diri dalam dunia blog ni bila terpengaruh dengan kawan cik bunga. Pahan. Korang boleh la tengok wajah sebenar dia kat blog http://blog.pahan.my/ Mamat ni kalau cerita sesuatu, mesti buat kita terjun dalam cerita dia. Jadi watak utama. Tapi pernah cik bunga tertipu dengan cerita dia yang gempak tu pasal kedai makan yang tersedap kat Sarikei! Macam-macam la dia puji kedai tu. Apalagi, cik bunga yang ayu ni pun termakan dengan kata-kata pahan.

Kalau cerita pasal pahan ni, sampai kesudah pun tak habis. Ok!ok!ok! Sambung cerita tadi. Cik bunga dan sekeluarga pun pergi kat kedai tersedap tu! Kitorang order nasi ayam. Nak tahu apa yang orang kedai tu bagi? Nasi putih yang sejuk dan ayam goreng yang sejuk! nasib baik tak order air sejuk. Suami cik bunga mula la bebel. Dia kata bini dia masak lagi sedap (dah complain dengan Pahan). Tak yah promote ape-ape kedai makan kat cik bunga. Sukar untuk ku percayainya. Ini kisah awal tahun. 

Cik bunga ni ada juga jadi pengedar Produk Shaklee ( SID: 887547). Terpromote pula. Pahan ni pun bagi cadangan kenapa cik bunga tak buat blog? Pahan kata blog ni pun medium yang bagus juga untuk buat business. Setelah mendengar ceramah Pahan bobe...bobe... (Sambil pakai hearphone). Cik bunga pun mula la create email, setup blog, cari nama untuk blog dan macam-macam lagilah! Ingat senang ke! Mula-mula tu nak guna nama Mawar Senja tapi takut orang ingat cik bunga ni dah meniti usia senja. (Masih muda dan semangat pun masih muda ni! Hehe)

#2  Seminggu lepas setup blog, cik bunga rasa tak puas hati je dengan wajah blog (rasa macam tak friendly pengguna). Design pun ala-ala bunga yang nak layu. Cuba sana. Cuba sini. Masih tak ok. Cik bunga terpaksa la upah designer (pahan-bukan nama sebenar) untuk buat theme & layout untuk blog cik bunga. Harga kawan Rm50. Harga bukan kawan RM40. Hampeh! Baik tak payah jadi kawan. RM10 untuk cas postage Sabah Sarawak! Pahan ni terror sikit bab marketing ni. Dia siap ubah nama blog cik bunga. Biar glamour ala-ala artis gitu! 



#3  Step seterusnya mengenali istilah-istilah yang terlibat dalam dunia blog ni. SEO, Affiliat (nak terkeliat lidah cik bunga sebut). Maklumlah lidah orang putih. Tadi cik bunga tanyalah kat pahan (merujuk kepada individu bukan nama sebenar) apa la maksud blogwalking. Rupanya cik bunga mengintai di sebalik langsir baca blog-blog blogger lain dinamakan blogwalking

#4  Teknik penulisan pun penting juga dalam dunia blog. Nak tulis entry kena ada style. Cik bunga suka tulis entry jenis sempoi-sempoi. Ada blogger suka tulis entry macam baca berita pun ada. Semuanya tak salah! Ikut selera masing-masing. Entry? Penulisan blog. Tadi cik bunga belajar teknik spacing dan tab dan cara download gambar yang cantik. Nak cite banyak pun tak larat. Banyak sangat tok guru turunkan ilmu (belum berjaya amalkan sepenuhnya dalam entry ni)

#5   Seterusnya cik bunga belajar macam mana nak naikkan rank blog. Rupanya, dengan menyertai contest, comment yang sweet-sweet blog orang lain mampu meningkatkan traffic! Apahal pulak trafik ada dalam blog? Trafik tu bilangan orang view blog kita! 

Cik bunga baru nak join contest blogger sabree hussin. Dengan harapan ada trafik untuk blog cik bunga. Hadiah bukan segala-galanya.. Pssst! Berminat nak join sama ke? Klik sabree hussin
Mini contest ini mendapat sokongan penuh blogger Pakar iaitu TitanJuan dan Suri.

6#   Point ke enam ni cik bunga hentam je! Pikir logik je. Kalau ranking blog kita tinggi, nanti adalah tawaran-tawaran pengiklanan datang kat blog kita! Masa tulah orang sekeliling sibuk cakap kita buat duit dengan blogging. Barulah cik bunga tahu, apa fungsi iklan-iklan kat blog wall blogger. Dulu cik bunga suka klik iklan-iklan ni. Macam best je ada banyak iklan. Lagi best kalau banyak iklan kat blog cik bunga. 

#7   Kesimpulannya, usia cik bunga dalam dunia blog ni masih 14 hari. Baru nak kenal dunia blog! Nak dapatkan duit bukan senang. Kena kuasai ilmu terlebih dahulu. Nak dapatkan ilmu tu pun kena berguru. Tak kiralah dari buku or tok guru yang berjanggut. Rasanya jauh lagi perjalanan cik bunga!


P/s: nak involve pula sebagai penulis jemputan. Tapi gaya sempoi je la. Kepada saudara Sabree, entry ini ditulis selama 4 jam. Muga ada hadiah untuk penulis paling lama menulis entry! 

Tuesday 1 October 2013

Dayus Makin Popular?

Buah hati cik bunga hari ni kena mandi! Banyak sangat kotoran melekat di badan. Tak da rupa dah. Tak macam saga 1.6 SE. Sementara cik bunga tunggu buah hati mandi, cik bunga ambil peluang layan ipad. Cik bunga ni baru balik dari bayar bil elektrik. Duit husband bajet RM100 untuk elektrik memang tak pernah cukup. Apa boleh buat. Tidor dalam air-cond.


     Minggu ni kita dihangatkan dengan satu perkataan yang jarang digunakan iaitu D.A.Y.U.S dek kerana pergaduhan bintang pop dengan security guard yang bergaji CEO. 


     Lupakan seketika kisah pergaduhan tu. Tadi cik bunga menghadiri meeting yang disertai oleh semua CEO kat Sarikei ni! Kelas gitu. (nampak sangat macam ada duit berjuta-juta dalam bank) temberang je cik bunga ni. Salah seorang CEO yang berucap menyebut perkataan anjakan paradigma. 2 perkataan yang membawa maksud lebih positif! DAYUS. No! No! No! Bagi cik bunga ia terlalu negatif.



     Rasanye satu Malaysia dah tahu pasal pergaduhan bini Mat Yo (bukan nama sebenar) dengan pak cik guard yang bergaji CEO. Nenek-nenek yang bekerja kat kebun pun mesti teruja lihat rakaman pergaduhan tu. Cik bunga tak tengok betul pun video tu! Apa yang cik bunga nampak, semua orang mengutuk bintang pop tu kat laman sosial dan blog. Pastu ramai yang buat kesimpulan Dato' Mat Yo pula yang dayus sebenarnya. Cik bunga malas nak komen bab ni! 

Berdasarkan video yang terlajak hangat tu, cik bunga boleh membuat beberapa kesimpulan

#1  Bintang pop (isteri M.Y) telah berjaya mempopularkan perkataan DAYUS. Dayus kalau dalam bahasa mudahnya lelaki yang tidak menjalankan amanah/ tanggungjawab. Biasanya kaitkan dengan lelaki yang suka pukul perempuan.

#2  Bintang pop tu mempunyai sikap tidak menghormati orang tua. Walaupun kita tidak bersalah pada mulanya, apa salahnya kita beralah dengan orang lebih tua daripada kita. Awas!!! beralah tak semestinya tewas. Ingat pada pepatah ni "yang tua di hormati, yang muda disayangi"

#3   Sekiranya kita nak orang lain menghormati kerjaya kita, apa salahnya kita menghormati kerjaya orang lain. Bukan luak pun duit kat kocek kita tu kalau kita hormat kerjaya orang lain. Kita selalunya memandang rendah kerjaya pak guard ni. Boleh huru hara juga airport tu kalau pak guard tak berfungsi. Semua orang nak ambil ahli keluarga depan pintu ketibaaan. Payah la macam tu. Tak nak parking jauh.

#4   Bintang pop tu gagal mengawal amarahnya yang meluap-luap. Kalau tanya ustaz kat Uganda pun dia akan kata macam tak da agama je. Seorang pakar motivasi mengatakan bahawa jangan sesekali kita menunjukkan sikap amarah di hadapan orang lain. Sebabnya? Bila kita menunjukkan sifat marah, ia akan membuka keaiban kita di samping membuat syaitan bertepuk tangan. 

#5   Jangan sesekali suka menyumpah orang lain dengan kata-kata yang sedap di dengar di halwa telinga SYAITAN. Biasanya, orang yang suka menyumpah orang lain ni jenis hati keras dan tak dengar nasihat! 

#6    Ucapan dan kata-kata melambangkan keperibadian kita. Kalau kita selalu biasakan diri kita cakap benda-benda yang busuk, lama-lama bila berada dikhalayak pun kita gagal mengawal diri menyebut benda-benda yang tidak elok.

#7    Jangan sesekali berusaha untuk membuka keaiban orang lain. Bagi pandangan cik bunga, niat asal bintang pop tu memuat turun rakaman video pergaduhan tu adalah untuk menunjukkan pak guard tu salah. Tapi apa yang dirancang sebaliknya berlaku. Kelakuan bintang pop yang popular tu pula mendapat kecaman hebat. Suami yang tidak bersalah pun turut terbabit sama. Kesian.

#8   Dalam hidup ni, kita kena jaga air muka orang sekeliling kita. Sebelum mengambil sebarang tindakan, fikir dulu.  Dalam eksiden ni, isteri Mat Yo berjaya merosakkan reputasi suaminya. Orang ramai turut mengutuk dato' Mat Yo. Cik bunga takut je kalau Mat Yo kena boo atas padang dek eksiden tu. Mat Yo ni macam star jugaklah kat Malaysia. 

Kesimpulan : Belajarlah untuk menerima kesalahan. Yang satu cik bunga puji pasal bintang pop tu dia telah mintak maaf secara terbuka! Tolong maafkan dia rakyat Malaysia! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...