1) Jangan ketip kuku pada waktu malam. Nanti ada ahli keluarga yang meninggal. Kalau nak di ikutkan logik, apa kene mengena antara ketip kuku dan orang mati pulak! Bila dah dewasa ni, baru saya terfikir. Rupe-rupenya, tak nak bagi kita terluka jari coz cahaya lampu samar-samar (pakai pelita macam zaman Jepun)
2) Jangan menyapu sampah pada waktu malam, nanti bawak sial. Apalah reason sebenar orang tua-tua dulu cakap macam tu. Bagi pendapat saya, depa cakap macam tu sebab nak kita berehat. Siang hari dah penat buat kerja. Malam masa untuk berehatlah.
3) Kalau terdengar bunyi burung hantu,tak lama lagi adalah orang meninggal. Kalau nak diikutkan, ajal maut di tangan tuhan. Bukan dengar bunyi burung hantu. Saya pun kadang-kadang terpedaya dengan mitos ni. Pernah sekali ketika masih berada di sekolah rendah, tengah malam saya terdengar bunyi burung hantu. Pastu mulalah takut. 3 hari kemudian, ada orang meninggal. Bila dah masuk sekolah menengah, kepercayaan ni semakin terhakis kerana kejadian tu mungkin secara kebetulan.
4) Kalau mata sebelah kanan asyik berkelip-kelip sendiri, ada musibah akan menimpa. Teringat kat zaman universiti dulu. Sebelum pergi kuliah, masa asyik berkelip-kelip je. Rupa-rupanya, keronsang kat dagu patah pinnya. Apalagi, selama 2 jam terpaksa kepit tudung kat bawah dagu guna tangan. Pengalaman ke dua, awal tahun ni. Ketika sedang menikmati kegembiraan (duit KWSP boleh dikeluarkan), tiba-tiba mata sebelah kanan terkelip-kelip. Rupa-rupanya, petanda Dhia (anak sulung) admitted. Demam panas bersawan.
Ada orang mengatakan bahawa sebelum sesuatu perkara berlaku, Tuhan telah menurunkan beberapa tanda dekat kita. Samada kita perasan atau tidak.
0 comments:
Post a Comment