Monday 30 September 2013

Derita Si Curang!

Baru lepas makan nasi goreng dengan telur goyang! Pekena pula dengan teh tarik kaw peng. Makan pula time lapar & hujan sepoi-sepoi bahasa. Memang licin. Macam nak order sepinggan nasi lagi. Cik bunga memang kuat makan. Tapi jangan ingat badan cik bunga tembam pula. Biasa-biasa je.

      Entry kali ini cik bunga nak coretkan kisah seorang kawan kepada kawan cik bunga. Azizah (bukan nama sebenar). Azizah ni tinggal kat Selatan Tanah Air. Sebelum tu apa cik bunga ceritakan ni adalah bertujuan untuk beri pengajaran kepada cik bunga dan pembaca sekalian. Bukan untuk mengaibkan sesiapa. 

                                       
    

     Cik bunga ni pernah sekali jumpa Azizah. Kategori lawa jugaklah. Masa cik bunga bersua dengan Azizah, dia telah bertunang dengan Salleh (klasik namanya tapi yang pasti bukan nama sebenar) Beberapa bulan selepas berjumpa, kawan cik bunga Roslan (bukan nama sebenar) memberitahu bahawa Azizah ni telah curang dengan tunangnya.

     Cik bunga tanya Roslan macam mana dia boleh tahu? Roslan kata Salleh yang bagitahu. Roslan dan Salleh kira rapatlah juga). Menurut cerita Salleh, Azizah mula berubah kelakuan sejak bertukar tempat kerja. Ajak jumpa tak nak. Bincang hal kahwin pun tak nak. Telefon selalu tak angkat. Sms? Jangan haraplah. Azizah hanya reply sepatah dua sms Salleh. 

     Akhirnya Salleh membuat keputusan untuk menskodeng Azizah. Gerak hatinya memang benar. Azizah sedang bersukaria dan bermesra dengan Haikal (bukan nama sebenar). Cara tenungan di antara Haikal dan Azizah memang berbeza. Salleh menahan sabar dan diam tidak terkata. 

     Seminggu menjelang hari perkahwinan, Salleh tekad membuat keputusan untuk putuskan pertunangan dengan Azizah. Walaupun Salleh mengetahui bahawa keluarga Azizah telah membuat 90% persiapan, hatinya telah disakiti. Salleh tidak mahu hatinya dipermainkan oleh Azizah yang tidak setia. Dalam hal ini, keluarga Azizah terpaksa menanggung malu kerana kad undangan telah diedarkan. Azizah? Buat muka selambe je! Mungkin seronok kot.

     2 bulan selepas tu, Salleh mendapat berita bahawa Azizah telah berkahwin dengan Haikal. Mungkin untuk menutup rasa malu majlis pertunangan yang diputuskan saat-saat akhir. 5 bulan selepas kahwin, Haikal telah berpindah tempat kerja. Maka hiduplah berjauhan di antara Azizah dan Haikal.

     Azizah pun memohon pertukaran agar ditempatkan berdekatan denga suaminya dan  permohonan Azizah telah berjaya. 4 bulan selepas pertukaran itu, Salleh dikhabarkan bahawa Azizah telah bercerai dengan Haikal kerana campur tangan keluarga Haikal. Haikal langsung tidak mahu berusaha mempertahankan rumahtangga mereka. Hanya mengikut telunjuk keluarga sahaja. Cik bunga rasa mungkin ada di antara ahli keluarga Haikal yang tidak suka dengan Azizah.

     Salleh pernah terserempak dengan Azizah dan Azizah ada memohon maaf kepadanya atas kecurangan yang telah dilakukan. Salleh hanya mampu memaafkan Azizah dan tumpang simpati atas apa yang berlaku kepada bekas tunangnya itu. Kini Salleh bahagia bersama dengan isterinya yang telah sarat mengandung.

Moral cerita : jangan selalu menyakiti hati orang lain. Allah balas cash je kat dunia ni.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...