Indah khabar dari rupa! Khabar tu mewakili cik bunga. Rupa pula mewakili theme blog cik bunga. Maksudnya cik bunga ni lagi cantik! Heheheh... Saja nak buat pembaca rasa geli sikit! Cik bunga suka buat entry yang rileks-rileks je (jangan senyum sorang-sorang). Cik bunga nak kongsi dengan pembaca kisah cik bunga dengan blog. Moga ada yang mula mengikut jejak cik bunga! hazbest.wordpress dah berfungsi ke belum?
Dunia Blogging Dan Aku
Duit? Semua orang suka duit lagi-lagi cik bunga yang berduit ni. Hehehe. Memang cik bunga tak nafikan tujuan utama cik bunga involve dalam dunia blogging adalah untuk cari duit poket belah kiri. Poket belah kanan untuk gaji tetap! Poket belah kiri untuk kerja part time.
#1 Cik bunga mula menjinakkan diri dalam dunia blog ni bila terpengaruh dengan kawan cik bunga. Pahan. Korang boleh la tengok wajah sebenar dia kat blog http://blog.pahan.my/ Mamat ni kalau cerita sesuatu, mesti buat kita terjun dalam cerita dia. Jadi watak utama. Tapi pernah cik bunga tertipu dengan cerita dia yang gempak tu pasal kedai makan yang tersedap kat Sarikei! Macam-macam la dia puji kedai tu. Apalagi, cik bunga yang ayu ni pun termakan dengan kata-kata pahan.
Kalau cerita pasal pahan ni, sampai kesudah pun tak habis. Ok!ok!ok! Sambung cerita tadi. Cik bunga dan sekeluarga pun pergi kat kedai tersedap tu! Kitorang order nasi ayam. Nak tahu apa yang orang kedai tu bagi? Nasi putih yang sejuk dan ayam goreng yang sejuk! nasib baik tak order air sejuk. Suami cik bunga mula la bebel. Dia kata bini dia masak lagi sedap (dah complain dengan Pahan). Tak yah promote ape-ape kedai makan kat cik bunga. Sukar untuk ku percayainya. Ini kisah awal tahun.
Cik bunga ni ada juga jadi pengedar Produk Shaklee ( SID: 887547). Terpromote pula. Pahan ni pun bagi cadangan kenapa cik bunga tak buat blog? Pahan kata blog ni pun medium yang bagus juga untuk buat business. Setelah mendengar ceramah Pahan bobe...bobe... (Sambil pakai hearphone). Cik bunga pun mula la create email, setup blog, cari nama untuk blog dan macam-macam lagilah! Ingat senang ke! Mula-mula tu nak guna nama Mawar Senja tapi takut orang ingat cik bunga ni dah meniti usia senja. (Masih muda dan semangat pun masih muda ni! Hehe)
#2 Seminggu lepas setup blog, cik bunga rasa tak puas hati je dengan wajah blog (rasa macam tak friendly pengguna). Design pun ala-ala bunga yang nak layu. Cuba sana. Cuba sini. Masih tak ok. Cik bunga terpaksa la upah designer (pahan-bukan nama sebenar) untuk buat theme & layout untuk blog cik bunga. Harga kawan Rm50. Harga bukan kawan RM40. Hampeh! Baik tak payah jadi kawan. RM10 untuk cas postage Sabah Sarawak! Pahan ni terror sikit bab marketing ni. Dia siap ubah nama blog cik bunga. Biar glamour ala-ala artis gitu!
#3 Step seterusnya mengenali istilah-istilah yang terlibat dalam dunia blog ni. SEO, Affiliat (nak terkeliat lidah cik bunga sebut). Maklumlah lidah orang putih. Tadi cik bunga tanyalah kat pahan (merujuk kepada individu bukan nama sebenar) apa la maksud blogwalking. Rupanya cik bunga mengintai di sebalik langsir baca blog-blog blogger lain dinamakan blogwalking.
#4 Teknik penulisan pun penting juga dalam dunia blog. Nak tulis entry kena ada style. Cik bunga suka tulis entry jenis sempoi-sempoi. Ada blogger suka tulis entry macam baca berita pun ada. Semuanya tak salah! Ikut selera masing-masing. Entry? Penulisan blog. Tadi cik bunga belajar teknik spacing dan tab dan cara download gambar yang cantik. Nak cite banyak pun tak larat. Banyak sangat tok guru turunkan ilmu (belum berjaya amalkan sepenuhnya dalam entry ni)
#5 Seterusnya cik bunga belajar macam mana nak naikkan rank blog. Rupanya, dengan menyertai contest, comment yang sweet-sweet blog orang lain mampu meningkatkan traffic! Apahal pulak trafik ada dalam blog? Trafik tu bilangan orang view blog kita!
Cik bunga baru nak join contest blogger sabree hussin. Dengan harapan ada trafik untuk blog cik bunga. Hadiah bukan segala-galanya.. Pssst! Berminat nak join sama ke? Klik sabree hussin
Mini contest ini mendapat sokongan penuh blogger Pakar iaitu Titan, Juan dan Suri.
6# Point ke enam ni cik bunga hentam je! Pikir logik je. Kalau ranking blog kita tinggi, nanti adalah tawaran-tawaran pengiklanan datang kat blog kita! Masa tulah orang sekeliling sibuk cakap kita buat duit dengan blogging. Barulah cik bunga tahu, apa fungsi iklan-iklan kat blog wall blogger. Dulu cik bunga suka klik iklan-iklan ni. Macam best je ada banyak iklan. Lagi best kalau banyak iklan kat blog cik bunga.
#7 Kesimpulannya, usia cik bunga dalam dunia blog ni masih 14 hari. Baru nak kenal dunia blog! Nak dapatkan duit bukan senang. Kena kuasai ilmu terlebih dahulu. Nak dapatkan ilmu tu pun kena berguru. Tak kiralah dari buku or tok guru yang berjanggut. Rasanya jauh lagi perjalanan cik bunga!
P/s: nak involve pula sebagai penulis jemputan. Tapi gaya sempoi je la. Kepada saudara Sabree, entry ini ditulis selama 4 jam. Muga ada hadiah untuk penulis paling lama menulis entry!
0 comments:
Post a Comment