Cik bunga selalu terpikir-pikir. Berapa ramai anak cik bunga patut miliki! Sekarang ni cik bunga dah ada 2 powerpuff girls! Tu pun rumah dah kecoh! Tengok gelagat anak yang semakin besar. Dah pandai main sama! kalau beli barang mesti beli dua-dua. Adik dah pandai marah kalau tak dapat barang.
Sambil memandu kereta pergi ke tempat kerja, cik bunga tertarik dengan suara ustaz yang berceloteh di radio. Topik yang dibincangkan adalah perihal anak. Ustaz itu mengatakan bukan anak lelaki atau perempuan yang kita perlu pentingkan. Bukan bilangan anak sikit dan banyak yang menjadi bualan. Yang penting untuk mendapat anak yang soleh dan solehah. Untuk doakan kita semasa kita sudah meninggal nanti!
Tersentak juga la cik bunga ni. Selalu kita pentingkan tentang jantina anak dalam masyarakat kita. Tapi dalam agama, menghasilkan anak yang soleh dan solehah yang menjadi keutamaan. Dalam entry kali ni cik bunga nak cerita pasal pengalaman cik bunga melahirkan anak sulung. Kawan cik bunga kata anak sulung ni tanda cinta atau bukti cinta di antara suami dan isteri. Cik bunga sokong 100%.
Cik bunga melahirkan anak sulung pada bulan Ramadhan. Masa melahirkan anak sulung, husband cik bunga ada di sisi. Cik bunga delivered baby kat hospital kerajaan je. Pada tarikh due iaitu 23.8.2011, cik bunga dah start bleeding. Tapi tak rasa sakit apa-apa pun. Bila jumpa doktor, doktor cakap ini bukan nak branak lagi sebab cik bunga masih boleh senyum-senyum. Doktor tu check la serba-serbi. Pastu minta cik bunga balik rumah dulu. Sebelum tu, doktor mengingatkan cik bunga kalau dalam seminggu still tak rasa nak beranak, kena datang hospital semula.
Keesokan harinya around pukul 3am, cik bunga rasa sakit pinggang. Sakit skejap-skejap. Tak boleh nak tidur. Cik bunga ajak husband bersembang sementara tunggu nak pagi. Makin lama sakit pinggang cik bunga makin kerap. Tak silap cik bunga, around pukul 8am, mak cik bunga sediakan nasi berlaukkan sardin plus dengan telur rebus. Untuk lapik perut dan dapatkan tenaga untuk push anak!
Sebelum pergi hospital, mak cik bunga berkali-kali tanya. Betul-betul dah sakit ker? Kalau sakit sikit-sikit, tak yah pergi lagi. Cik bunga bukan ada pengalaman sakit beranak! Just angguk kepala sahaja nak pergi hospital. Kaki ni dah sejuk menggeletar.
30 minit juga nak sampai hospital coz jalan jem orang nak pergi kerja. Sampai-sampai je, terus pergi tingkat 4. Cik bunga larat lagi berjalan walaupun ada attendan hospital tawarkan kerusi roda.
Sampai kat wad bersalin dan di chek, bukaan sudah mencapai 4cm. Doktor bidan tu cakap lebih kurang 6 jam lagi baru beranak! Apa? Yang ni pun dah sakit. Mana larat nak tahan sampai pukul 5pm. Huh parah ni. Nurse yang check cik bunga cakap biasalah anak sulung. Take time sikit. 1cm bersamaan 1 jam. Dengan suara lemah lembutnya, seorang doktor meminta kebenaran cik bunga untuk memecahkan air ketuban. Bila air ketuban dah pecah, sakitnya hanya Allah yang tahu.
Cik bunga teringat kata-kata ulama. Sakit mati adalah sakit no 1. Kedua, sakit ibu yang melahirkan anak. Dan yang ketiga adalah sakit gigi. Kalau ibu yang meninggal masa melahirkan anak, ulama mengkategorikan sebagai syahid kecil.
Berbalik kepada cerita cik bunga tadi, cik bunga telah di letakkan di dalam labour room. Cik bunga dengar macam-macam suara, raungan dari bilik lain. semuanya menahan kesakitam. Ada sekali jarum yang dicucukkan kat lengan cik bunga tercabut. Apalagi! Darah melimpah keluar. Nasib baik husband cik bunga kebetulan masuk bilik bersalin dan memanggil nurse. Nurse tu minta cik bunga untuk memakai corong oksigen untuk mengurangkan rasa sakit di samping menasihatkan suami cik bunga untuk membaca ayat al-quran.
Dalam kesakitan tu sempat juga cik bunga kena bebel ngan husband coz tak bawa minyak selusuh. Cik bunga memang tak nak bawa sebab kurang percaya! Mana lalu nak minum minyak! Hah ambik kaw. Menanggung sakit la jawabnya!
Lebih kurang kul 3.15pm, rambut bayi sudah kelihatan. Seorang doktor perempuan muda dan seorang nurse bersedia untuk menyambut baby. Push banyak kali, pastu rehat. Masuk balik la kepala baby. Cik bunga boleh cakap ngan doktor tu sekejap yer. Saya nak rehat sekejap. Nasib baik doktor dan nurse tu tak bising. Memang cik bunga sangat suka service kat hospital tu. Nurse kat situ pun jenis cakap berbudi bahasa.
Bukaan terpaksa dipotong sedikit kerana bahu baby tersangkut. Tak sakit ke kena potong? tak pun. Sebab bagi cik bunga sakit sebelum nak keluarkan bayi lagi hebat! Kesan daripada luka tu, doktor yang merawat cik bunga terpaksa memasukkan 2 helai kapas ke dalam saluran. Cik bunga di pasangkan tiub untuk membuang air kecil.
Untuk pengetahuan pembaca, husband hanya dibenarkan berada di sisi cik bunga setelah selesai mengqamatkan bayi cik bunga. Bila semua dah settle, cik bunga dan bayi telah dihantar ke wad. Di situ, suami cik bunga sedang menunggu. Cik bunga terus cakap dengan suami tak nak mengandung lagi. Asyik ulang ayat sama ja. Husband cik bunga angguk je.
Keesokan harinya sebelum pulang, doktor yang merawat cik bunga telah melakukan pemeriksaan dan mengeluarkan kapas. Doktor tu juga telah menekan perut cik bunga untuk memastikan tiada darah beku yang tertinggal. Memang betul mak cik bunga cakap! Mengeluarkan darah beku sama sakit macam nak beranak.
Bagi cik bunga, masa mengandung tak susah. Sakit sebelum melahirkan bayi tu yang paling sakit. Bila anak-anak dah start membesar, tugas mendidik pula. Kebiasaanya, ini adalah sebahagian doa yang cik bunga selalu titipkan selepas solat.
"Ya Allah, ampunilah dosaku, dan kedua ibu bapaku dan dosa kaum muslimin dan muslimat yang telah kembali ke rahmatullah ataupun yang masih ada di dunia ini. Ya Allah, lindungilah kami sekeluarga daripada bencana yang tidak diingini. Ya Allah, rahmatilah hidupku. Ya Allah, permurahkanlah rezekiku, suamiku, anak-anakku dan ahli keluargaku. Ya Allah, kurniakanlah aku anak yang soleh dan solehah, cerdik akalnya, cantik rupa parasnya dan baik akhlaknya"
Tugas mendidik anak semakin mencabar bila usia anak-anak semakin meningkat. Ibu dan ayah perlu berganding bahu dalam menguruskan perihal anak! Di harapkan semua ibu bapa di luar sana sentiasa sabar dan ikhlas dalam mendidik anak-anak.
Cik bunga teringat artikel seorang blogger yang mengatakan sekiranya kita tidak berasa penat dalam mendidik anak-anak, kemungkinan besar kita tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa sepenuhnya. Cik bunga no comment! Tepuk dada, tanya selera! Jumpa lagi.
0 comments:
Post a Comment