Wednesday, 25 September 2013

10 Tips Agar Rumah Tangga Kekal Bahagia

Kalau kita tanya kat pengantin baru tentang apa yang mereka hendak dalam perkahwinan mereka, jawapan yang akan di beri " no comment". Itu jawapan artis yang tak berapa nak glamour. Selingan je tu. Rata-rata akan jawab ingin kekal bahagia hingga akhir hayat. Malam ni cik bunga nak kongsi dengan pembaca 10 tips yang cik bunga fikir dapat membantu pasangan suami isteri untuk kekalkan kebahagian rumah tangga! kebahagian itu perlu dicari. Tak kiralah, di bawah selimut ke, dalam laci ke yang penting ia mesti dicari (cuba check dalam poket tu) ada duit kan? Rasa bahagia kan bila ada duit dalam poket (payday). Apa yang cik bunga coretkan di sini berdasarkan perkongsian ilmu dengan kawan-kawan, berdasarkan pengalaman dan bacaan ilmiah! moga kebahagian itu akan kekal milik cik bunga dan pembaca.


1)          Kunci utama kebahagian rumah tangga adalah sifat sabar. Sifat sabar ni boleh dipupuk! Kenapa pentingnya sifat ini? Ini kerana 2 individu yang berbeza jantina (tips ini bukan untuk golongan gay atau tomboy) yang mempunyai sikap dan pemikiran yang berlainan bersatu. Nak terima perbezaan ni bukan mudah. Confirmlah akan ada ragamnya. Penawarnya adalah mengamalkan Sod Ba Ro (Sabar).


2)             Setiap pasangan yang berkahwin tu mesti kene ada sikap give & take. Cik bunga bagi contoh yang simple. Husband cik bunga suka bersukan. Futsal, bola sepak, takraw semua dia balun. Kadang-kadang tak terdaya cik bunga nak jaga anak-anak seorang diri. Tapi bila cik bunga mintak husband cik bunga beli bahan kek (nanti cik bunga kongsi resepi kek yang tersedap). Dia beli. Time cik bunga nak baking kek (hobi baru), giliran husband cik bunga pula yang jaga anak-anak. So, fair and squarelah! Dua-dua hobi dapat dilaksanakan. Tak gitu cik Jijah? Sapa lah pulak cik Jijah ni. Merepek je.


3)            Skill komunikasi antara pasangan perlu ditingkatkan! Kalau dulu biasa guna awak saya, kenapa tak panggil sayang, hubby ataupun manja? Malu! Cik bunga pun malu juga (certain-certain part). Skill komunikasi ni bukan terhad pada lontaran suara je, sentuhan-sentuhan ajaib pun kena ada (bukan merujuk yang ehem ehem tu). Kalau jalan tu, apa salahnya pegang tangan or peluk pinggang ke. Makan bersuap pun boleh juga (macam mengada-ngadalah pulak). Orang lain tenung semacam je. Abaikan saje. Yang penting diriku bahagia.

4)             Manusia mana yang tak buat silap. Sekiranya pasangan telah melukakan hati kita dan kita rasa kesalahannya terlalu simple dan remeh, baik tak payah bahaskan. Takut jadi sesuatu yang lain pula! maafkan lebih baik! Sekiranya perbuatan pasangan itu betul-betul telah mengecewakan kita, tegurlah secara berhemah terlebih dahulu dan pastikan pada waktu yang sesuai (biasanya kat kamar tidur)

5)            Lelaki mempunyai ego! Begitu juga dengan wanita. Tapi ego lelaki tebal 5 inci dari perempuan (maaf! terkutuk pula). Setiap pasangan perlu merendahkan ego demi kebahagian rumahtangga. Jangan dok sebuk mempertahankan perbuatan kita. Tak semestinya apa yang kita buat semuanya betul. Just terima dengan hati terbuka sekiranya pasangan kita menegur perbuatan kita (harap-harap cik bunga ada ego senipis kulit bawang) Pew!!!

6)             Humor! Itulah yang akan menceriakan rumah tangga kita. Tapi tak perlulah kita berlawak  sampai terguling-guling atas lantai . Macam budak kecik je. Gurau senda tu sangat penting. Kalau tak pandai buat lawak tahap profesional, rajin-rajinlah tengok Maharaja Lawak Mega (Astro, tak de tips ke untuk cik bunga buat promote ni) . Tapi perlu diingatkan! Jangan bergurau benda yang sensitif dengan pasangan anda especially kepada kaum wanita. Kaum-kaum cik bunga ni sensitif sikit kalau sebut bab gemuk-gemuk ni. Cukup Hots!!!!



7)            Hargai kehadiran pasangan dalam hidup anda! Kita bila dah berkahwin ni, memang kena ada sikap ni. Kita perlu bersyukur. Dengan kehadiran pasangan kita, sudah tentu rezeki kita akan bertambah. Tak kiralah tambah duit ke or anak! Yang penting bertambah. Bila kita hidup berpasangan ni, nak kutip pahala memang senang. Ibadah yang dilakukan oleh orang yang berkahwin adalah seganda lebih dari orang bujang! Opssss! Jangan marah orang-orang yang masih mencari jodoh! Hargailah pasangan anda mulai sekarang! Jom bagi hadiah BMW kat pasangan anda!  



8)            Berusaha menjadi seseorang yang lebih banyak memberi daripada menerima! Tak kiralah dari segi duit or pertolongan. Jikalau kita amalkan petua ini, pasti kelengkapan atau keperluan pasangan kita banyak dapat dipenuhi. Pasangan kita pun akan rasa syok! best kan? Yang penting kita mesti ada niat " aku lakukan ini kerana Allah S.W.T " Sebalinya jika pasangan kita gagal untuk memberi pertolongan atau bantuan, janganlah mengungkit apa yang kita telah lakukan! Nak pupuk sikap ni memang payah sikit. Yang penting kita mesti cuba. Chaiyok!
9)            Ada seorang ustaz membisikkan kepada cik bunga (bukan dekat telinga ye), mandi bersama di antara suami dan isteri pun merupakan satu cara yang kita boleh amalkan untuk kekalkan kebahagian rumahtangga. Cik bunga malu pula dengar. Cik bunga balas kata-kata ustaz tu bahawa cik bunga ada anak berderet (masih kecil). Mana ada masa. Anak melekap je dengan cik bunga. Ustaz tu balas dengan senyuman dan mengatakan kena pandai curi peluang! Hehe

10)            Doa itu senjata yang paling mujarab! Ini yang paling penting. Mesti titipkan dalam doa kita agar perkahwinan yang dibina kekal bahagia. Bila kita berdoa tu, kita mesti yakin bahawa Allah akan mendengar segala permintaan kita! Yang pasti, kita kena laksanakan perintah tuhan dulu. Jangan asyik mengharap Allah akan perkenankan doa kita padahal kita ingkar dengan suruhannya.

p/s : tips yang cik bunga titipkan ini mungkin juga sesuai diaplikasikan kepada orang yang hidup bermadu

4 comments:

blogger lelaki said...

tip yg berguna untu semua pasangan

Mizz Aiza said...

tips yang berguna jika aiza dah kahwin nanti.. terima kasih di atas perkongsian.. :D

riena erryn said...

Best2..pandainya cik bunga berkata2..sgt santai..

Unknown said...

Cik bunga pun baru bertatih dalam dunia perkahwinan!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...