Monday, 23 September 2013

Tolong Selamatkan Labu!

Baru lepas tengok AF. Ada improvement budak-budak tu. Sambil-sambil tu mulut mengunyah makan cucur udang. Cik bunga teringat kat kek labu dan bingka labu (favourite tu) yang kawan cik bunga bagi. Perghh memang sedap. Nak-nak pula kita tukang makan je. Jom kita kenali labu dan khasiatnya. Pastu cik bunga akan huraikan sedikit tentang nasib labu ni.


# Siapa labu?
             Labu bukan nama sebenar...ingin pergi ke Kuala Lumpur. Apa yang cik bunga merepek ni. Ape yang cik bunga nak cerita ni tak de kena mengena dengan cerita P.Ramlee (nasib Si Labu-Labi). Nak tahu wajah sebenar labu. Jom terus membaca.

# Kenapa dengan labu?
             Labu tak ada apa-apa. Dia sihat je. Mesti korang nak tahu wajah sebenar labu kan? 


# Apa nama labu?
             Peppo nama manja bagi si labu di Latin dan di Perancis pula labu dipanggil Pompon ( nasib baik bukan Pondan). Tumbuhan ni tumbuh secara merayap di atas tanah. Awas! mungkin labu tumbuh di atas bumbung rumah anda!


# Apa tugas labu?
              Labu telah dilantik menjadi ketua darjah. Dia kena memastikan rakan-rakannya diam! Bukan..bukan.. Saja nak usik korang. Labu ni banyak faedahnya. Antaranya bertindak sebagai awet muda, mampu merawat penyakit rabun malam, mempunyai kandungan vitamin A, merawati penyakit bengkak sendi, menghaluskan kulit muka, mengawal ketidakseimbangan gula dalam darah dan sangat sesuai kepada individu yang mempunyai masalah paru-paru.

# Sayur labu memualkan?
              Makan sayur pun boleh mual ker? Memang dalam dunia ni ada orang yang tak makan sayur dan buah-buahan. Nasib baik cik bunga ni boleh makan kebanyakkan sayur yang jual kat pasar tu. Untuk menggantikan vitamin yang terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan, cik bunga ada menjual beberapa supplement yang mampu menggantikan vitamin-vitamin ni. Korang boleh taip cik bunga nyatakan masalah/penyakit  hantar ke 0176708570. Cik bunga jual harga tak masuk akal dengan korang. Harga luar biasa rendahnya. Yang penting kod yang cik bunga bagi tu. 

# Sedap ke labu tu? 
             Sedap dimakan begitu saja. Sapa pernah cuba angkat tangan! Biasanya labu ni kita masak lemak kuning, tumis air, buat cucur, bingka dan kek. Cik bunga memang obses dengan labu. Maklumlah telah diasuh makan labu sejak tinggal di asrama. Guna tray lagi tu.



# Kenapa labu dihina? 
              Cik bunga rasa terkejut bila baca satu artikal ni (part serius) .Orang Yahudi tidak makan sayur labu. Nak tahu kenapa? kerana Rasullullah sangat menggemari makanan berasaskan labu. Sahabat-sahabat baginda pun turut menggemari buah labu. Bagi mencemarkan makanan kegemaran baginda, orang Yahudi berpakat mengadakan pesta Halloween. Buah-buah labu tersebut diukir seperti wajah hantu untuk menakutkan orang lain agar tiada orang yang akan mengikut sunnah nabi tu. 


1 comments:

pahan said...

testing

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...